TERKINI :

Wednesday, May 25, 2016

Husam mahu Suruhanjaya Di Raja siasat kepupusan balak di Kelantan

DATO'HUSAM MAHU SURUHANJAYA DIRAJA SIASAT KEPUPUSAN HUTAN DI KELANTAN.

 
Adun Salor, Datuk Husam Musa mencadangkan suruhanjaya bebas diraja dibentuk bagi mengatasi masalah besar yang sedang dihadapi rakyat Kelantan iaitu kepupusan hutan, bukan lagi pembalakan haram atau kecurian kayu balak.

"Pembalakan haram atau kecurian kayu balak hanya akan mengurangkan hasil negeri dan menyebabkan pengurusan kerajaan lemah, tetapi proses kepupusan hutan akan menyebabkan berlaku perubahan ekosistem dan cuaca yang menjurus pelbagai bencana," katanya dalam sesi dialog bersama pemimpin masyarakat di Bachok malam tadi.

Beliau mendedahkan kelulusan membalak di kawasan hutan simpan dan kebenaran membersih hutan miskin untuk aktiviti pertanian komersil boleh membawa kepupusan hutan jika 'trend' pentadbiran sekarang berterusan.

"Saya ada maklumat lengkap berkaitan kelulusan demi kelulusan untuk pembalakan hutan simpan yang semakin berleluasa selepas kerajaan pasca Tok Guru mengambilalih kuasa," katanya.

Apa yang mengejutkan adalah kelulusan-kelulusan ini diberi kepada beberapa pemain sama dalam kerja-kerja membalak berkenaan.

"Sebenarnya apabila saya tidak lagi dilantik dalam kerajaan saya bercadang untuk buat kerja lain dan saya tidak ambil kisah pada peringkat awal, namun saya terus dikejutkan dengan maklumat-maklumat yang disampaikan kepada saya berkaitan pengurusan khazanah negeri khususnya kelulusan kawasan balak yang sama sekali tak masuk akal," katanya.

Lebih mengejutkan beliau ialah kelulusan atas nama pertanian komersil yang melibatkana apa yang dipanggil hutan miskin.

"Hutan miskin ini kawasan yang telah pernah ditebang kayu-kayu besar tetapi masih banyak lagi kayu bersaiz sederhana dan kecil, apabila dilulus untuk aktiviti pertanian akan ditebang habis atau kita kata "kokot pelicin"," kata beliau.

Aktiviti ini katanya, yang melibatkan kawasan yang luas menyebabkan hutan Kelantan sekarang banyak gondol dan amat membimbangkan apabila datang banjir besar atau kemarau berterusan.

"Kalau tuan-tuan naik (kapal udara) Airasia waktu siang sekarang bolehlah kita lihat begitu banyak kawasan yang seolah-olah padang jarak padang tekukur," katanya.

Baru-baru ini katanya, kita dikejutkan oleh Jabatan Meteorologi bahawa Kota Bharu menjadi bandar paling lama tidak turun hujan dan Kuala Krai menjadi spot paling panas.

"Saya menyeru semua pihak segera bangkit jika mahu anak cucu kita tidak jadi mangsa kerakusan mereka yang tamak untuk mengaut keuntungan dunia tanpa mengira azab Allah yang bakal ditimpakan sejak di dunia ini lagi," katanya.

Ps: Nak harap ke lebai PAS...hbis yg di gondolnya. Nama je parti Islam, tapi mngalahkan parti kafir! Ambil pecat smua la yg cerdik pandai ni...anak didik TG harapkan utk Kelantan. Yg tinggal lebai fulusss..

#AnakMudaSokongHusam #RinduATGNASayangHusam #LawanKezaliman #TegakKebenaran

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...