TERKINI :

Monday, May 16, 2016

Hebat jugak AMANAH nie sampai pimpinan PAS dakwa boleh menyebabkan PAS kalah PRK nanti

AMANAH didakwa sengaja mahu PAS kalah PRK

takiri
PETALING JAYA: Tindakan AMANAH beria-ia untuk bertanding pada PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar ialah bagi mewujudkan pertandingan tiga penjuru dan menyebabkan kekalahan PAS.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata jika PAS menang di kedua-dua PRK tersebut, ia sekali gus menguatkan keyakinan rakyat.

Pada masa sama, katanya, AMANAH akan dilihat sebagai parti yang kononnya mampu menggantikan parti Islam itu dalam Pakatan Harapan, sudah tidak relevan lagi.

“AMANAH memang tidak mahu PAS menang dalam PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar kerana ia akan menaikkan imej PAS di mata masyarakat dan menyebabkan kehadiran AMANAH tidak lagi relevan dalam Pakatan Harapan.

“Sebab itu AMANAH akan berusaha keras mencipta alasan untuk bertanding tiga penjuru di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar,” katanya kepada FMT.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata jika Pakatan Harapan benar-benar mahu UMNO dan BN kalah dalam PRK itu, mereka sepatutnya memberi sokongan penuh kepada PAS untuk menguburkan parti pemerintah itu.

“Jika Pakatan Rakyat benar-benar mahu UMNO dan BN kalah mereka mesti memberi sokongan penuh kepada PAS untuk bertanding di kedua-dua Parlimen tersebut,” katanya.

Sebelum ini, Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Abdul Samad menyarankan PAS berunding dengan semua wakil Pakatan Harapan jika tidak mahu pertandingan tiga penjuru berlaku, dan bukan berunding dengan PKR saja.

Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata parti itu akan memastikan tidak berlaku pertembungan calon pakatan pembangkang atau Pakatan Harapan yang turut dianggotai PKR dan DAP pada dua PRK itu.

Sementara itu, di Parlimen hari ini Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti Islam itu akan meletakkan calon di kedua-dua PRK dan menerima apa jua keputusan yang dibuat rakyat, malah Majlis Syura dikatakan meluluskan nama calon yang dicadangkan.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...