TERKINI :

Friday, May 20, 2016

EgyptAir: Tiada rakyat Malaysia terlibat

Egyptair


SHAH ALAM – Kementerian Luar Negeri mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam nahas pesawat EgyptAir penerbangan MS804 yang dilaporkan terhempas di Laut Mediterranean, awal hari ini.

Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini turut mendoakan keselamatan penumpang dan anak kapal penerbangan malang itu.

“Kementerian Luar Negeri ingin mengesahkan berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan Egyptair, tiada warganegara Malaysia yang terlibat dalam kehilangan pesawat Egyptair MS804,” kata kenyataan itu.

Pesawat tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Paris pada 18 Mei 2016 jam 11.09 malam dan dilaporkan hilang daripada radar jam 2.45 pagi waktu tempatan setelah masuk ke ruang udara Mesir.

Airbus 320 itu hilang 16 kilometer (km) selepas memasuki ruang udara Mesir, kira-kira 280 km di luar pantai utara bandar pelabuhan Alexandria, Mediterranean.

Pesawat tersebut membawa 56 penumpang termasuk seorang kanak-kanak dan dua bayi serta 10 anak kapal dan juruterbang penerbangan berkenaan mempunyai rekod penerbangan 6,000 jam.

Dalam pada itu, EgyptAir berkata, mereka yang berada di atas kapal termasuk 5 penumpang Perancis, 30 Mesir, seorang warga Britain, dua rakyat Iraq, seorang warga Kuwait, Arab Saudi, Sudan, Afrika, Portugis, Belgium, Algeria dan Kanada.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...