TERKINI :

Sunday, May 1, 2016

Duhai Presiden PAS.. Jika pertembungan PKR-DAP yang Untungnya PAS.. bagaimana pertembungan PAS-PKR pula??


ULASAN GB

Akihrnya PAS memperlihatkan ia sebuah parti opportunistik apabila menyakan pertembungan PRK-DAP akan memberi kelebihan kepadanya. PAS tidak hiraukan kepentingan perpaduan di kalangan parti pembangkang.

Bererti PAS suka dengan situasi sedemikian supaya PAS dapat memungut laba hasil pertembungan PKR-DAP itu.

Di Selangor PAS bukan main ampu Azmin dan PKR untuk pertahankan status quonya mengekalkan kerajaan Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP supaya tak hilang jawatan exco dan 5,000 jawatan lantikan politik di negeri itu.

Di Sarawak lain pula ceritanya, dia suka dan bertepuk tangan melihat PKR dan DAP berlaga.


Malah di tiga DUN, iaitu di Lambir, Kakus dan Jepak, PAS berlawan dengan PKR.

Jika PAS menyatakan pertembungan PKR-DAP beri kelebihan kepada PAS, sekarang pertembungan PAS-PKR di tiga DUN itu pula beri kelebihan kepada siapa jika bukan BN?

Setakat ini, alhamdulillah, hanya AMANAH sahaja yang tidak bertembung melawan mana-mana komponen parti Pakatan Harapan.


Pertembungan PKR-DAP kelebihan pada PAS – Abdul Hadi

KUALA TERENGGANU: Pertembungan sesama sekutu Pakatan Harapan, PKR dan DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dijangka memberi kelebihan kepada PAS.

Keyakinan itu disuarakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di samping sokongan rakyat pelbagai kaum kepada parti Islam itu sangat baik sebagai alternatif mewakili pembangkang untuk menolak Barisan Nasional (BN).

“(Adakah pertindihan kerusi antara PKR dan DAP akan beri kelebihan kepada PAS?) Kemungkinan ia membawa kesan lebih posifif kepada kita (PAS),” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam Amal Media malam tadi.

Abdul Hadi pada masa sama yakin bahawa PAS akan memenangi sekurang-kurangnya dua kerusi pada pilihanraya tersebut.

“Sambutan dari masyarakat dari semua kalangan sangat baik, termasuk yang bukan Islam. (Memandangkan) Kita telah menampilkan calon dari pelbagai kalangan termasuk wanita dan bukan Islam walaupun jumlahnya 11 kerusi tetapi sudah cukup untuk memberi mesej pada penduduk Sarawak.

“Kita yakin daripada (11 kerusi) dua kerusi (kita akan menang) dan mungkin ada lagi tambahan yang lain, antaranya di kawasan yang melibatkan pertandingan bekas wakil rakyat DAP yang bertanding BEBAS melawan DAP,” katanya menjawab jumlah kerusi yang bakal dimenangi parti itu.

PKR dan DAP akan bertembung di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, 7 Mei ini apabila kedua-dua parti itu gagal mencapai kata putus bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku.

Sementara itu, PAS pula akan meletakkan calon di 11 kerusi yang turut ditentang bekas sekutu mereka, PKR, DAP dan AMANAH, antaranya di kerusi Samalaju (PAS, DAP dan BN), Lambir (PAS, PKR dan BN), Pujut (PAS, DAP, BN dan BEBAS), Samariang (PAS, BN dan AMANAH), Muara Tuang (PAS, BN dan AMANAH), Sadong Jaya (PAS, BN, AMANAH dan BEBAS), Sebuyau (PAS, BN dan AMANAH), Beting Maro (PAS, BN dan AMANAH), Kakus (PAS, PKR dan BN), Jepak (PAS, PKR, BN dan BEBAS), Pantai Damai (PAS dan BN).

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...