TERKINI :

Friday, May 27, 2016

Bila AJK masjid tiba-tiba jadi tok imam

Tan Sri Adam Kadir


SHAH ALAM – Bekas Speaker Dewan Negara, Tan Sri Adam Kadir sempat berkias senario hari ini berkaitan penyelewengan hingga situasi itu diibaratkan ‘ahli jawatankuasa masjid yang tiba-tiba menjadi pak imam’.

Tanpa mendedahkan mana-mana pihak, beliau mendakwa ada penyangak yang membuat kesalahan melibatkan wang namun dimaafkan malah diangkat kedudukannya oleh pihak atasan.

Malah katanya, individu itu terus diangkat dan diberi kedudukan hingga mampu mengawal dunia korporat di negara ini.

"Lagi satu sekarang ini yang kita nak tahu, ada 'kuasa' yang salah guna kuasa. Melibatkan tindakan seorang penyangak mata wang. Ada yang kata RM2 bilion, RM5 bilion, RM7 bilion tapi saya dapat daripada mulut kuda (horses mouth) seorang menteri kanan yang dipinjamkan kepada Kementerian Kewangan, jumlahnya RM22 bilion.

“Tapi OK. Mungkin orang atas menggunakan kuasanya untuk memaafkannya. Tetapi setelah menggunakan kuasa memaafkan, jangan pula menggunakan kuasa seolah-olah menganugerahkannya lagi... daripada membuat satu kesilapan kewangan besar, kita letak di puncak sistem kewangan. Ini satu perkara yang tidak logik.

“Ini macam ahli jawatankuasa masjid, tiba-tiba jadi tok imam," katanya Wacana Sinar Harian Siri ke-39 yang membawa tajuk ‘Siapa lebih berkuasa: Pentadbir atau ahli politik?’, di Kumpulan Media Karangkraf, semalam.

Dalam pada itu, beliau memberi alasan ‘kejayaan’ si penyangak dalam mencapai cita-citanya itu.

“Kasihan kadang-kadang pada ahli politik yang tidak cabul kuasa, bekas wakil-wakil rakyat, sesetengahnya kita jumpa, masih guna kereta lama semasa dia menjadi wakil rakyat. Tidak ada duit untuk membeli kereta baharu.

“Bayangkan orang korporat yang tidak ada apa-apa diberi macam-macam tetapi pemegang kuasa yang di atas itu buat tidak tahu. Sebab apa? Pihak ini sudah pandai ambil hati dia. Bekas-bekas wakil rakyat yang tua-tua ini tidak pandai ambil hati. Bukan tak pandai, tak mampu nak ambil hati dah,” katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...