TERKINI :

Thursday, May 19, 2016

Benarkah Isu Muhyiddin, Mukhriz tak penting atau Umno takut nak pecat mereka

Isu Muhyiddin, Mukhriz tak penting buat masa ini

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa meminta supaya tiada pihak membuat spekulasi berhubung tindakan yang akan diambil terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Malah, beliau juga berkata, keputusan yang bakal dikenakan terhadap Muhyiddin serta bekas menteri besar, Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir adalah tidak penting buat parti ketika ini.

"Pada saya, tak perlu buat spekulasi kerana macam saya katakan, apa yang dilakukan mereka bukan sesuatu yang penting buat parti untuk diambil apa-apa tindakan buat masa ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Sebelum ini, Datuk Seri Nazri Aziz mahu membawa usul supaya Muhyiddin, Mohd Shafie dan Mukhriz dipecat dalam mesyuarat majlis tertinggi (MT) Umno akan datang.

Selain itu, di tanya sama ada isu melibatkan dua pemimpin tersebut akan memberi kesan terhadap BN pada pilihan raya kecil akan datang, anggota parlimen Ketereh itu berkata masalah dalaman kini dihadapi oleh semua parti dan bukan Umno sahaja.

"Sebenarnya kita parti politik ini sama sahaja. PAS pun ada masalah dalaman, sekarang ini PKR pun ada masalah dalaman begitu juga DAP dengan pemecatan wakil rakyat dan sebagainya.

"Jadi sebagai sebuah parti politik, kita harus anggap setiap parti ada masalah tertentu tapi tak semestinya dia terjejas kerana dalam pilihan raya ia melibatkan orang ramai dan bukan ahli parti sahaja," katanya.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Selasa lalu memberitahu bahawa satu laporan oleh Lembaga Disiplin Umno mengenai kedudukan Muhyiddin dalam parti itu telah disiapkan dan akan diserahkan kepada MT Umno.

Muhyiddin bagaimanapun berkata, kenyataan Tengku Adnan itu menggambarkan proses tuduhan pelanggaran disiplin terhadapnya dibuat tanpa mengikut tatacara dan prosedur yang betul.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...