TERKINI :

Saturday, May 21, 2016

'Aura Dr M, pemberontak boleh kalahkan Umno di 2 PRK'

http://mk-cdn.mkini.net/1003/861587c2ce8b676d5b73d4ee5fe19047.jpg
Ketidak mampuan untuk Pakatan Harapan (HARAPAN) and PAS untuk menyediakan calon tunggal mewakili pembangkang pada pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar mungkin memberi kelebihan kepada Umno untuk mengekalkan kedua-dua kerusi itu dalam pertandingan tiga penjuru.

Bagaimanapun, penganalisa politik, Wong Chin Huat berkata, penentu utama dalam kedua-dua pilihan raya kecil itu ialah kemampuan Tun Dr Mahathir Mohamad dan konco-konconya untuk menghalang kemaraan Umno.

"Perbalahan tidak akan membantu pembangkang dalam dua pilihan raya kecil itu, mungkin peratusan keluar mengundi akan rendah seperti yang berlaku di Sarawak.

"Namun begitu, penentu utama ialah kemampuan Mahathir dan para pemberontak Umno untuk mengalihkan undi serta sokongan terhadap Umno," beliau memberitahu Malaysiakini.

Walaupun HARAPAN dan PAS masing-masing bertegas mereka dibenarkan melawan Umno dalam pertandingan satu lawan satu, namun, itu tidak menjamin kemenangan kepada pembangkang, ujarnya.

"Dengan Pakatan mendapat 47 hingga 49 peratus undi pada 2013, ada pengundi yang akan hanya mengundi PAS dan bukan Amanah atau PKR sementara yang lain akan hanya mengundi Amanah atau PKR dan bukannya PAS walaupun hanya ada satu calon pembangkang.

http://mk-cdn.mkini.net/1005/8c28ad8a0dabd2dbdb25dc0def9743a1.jpg
"Untuk mengalahkan Najib, pembangkang mesti mewujudkan pepecahan dalam sokongan ke atas Umno," katanya.

Bagaimanapun, Wong mempersoalkan sama ada pemberontak Umno seperti Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sanggup berbuat apa sahaja untuk menentang pasti sendiri yang pastinya memberi kesan dalam hubungan mereka dengan parti itu.

"Setakat ini, tidak termasuk Mahathir, pemberontak Umno memilih jalan selamat bagi mengelak dipecat.

"Dan Najib juga mahu selamat dengan tidak memecat mereka ini," ujarnya lagi.

Jika senario sebegitu berlaku, Umno berpeluang mempertahankan kedua-dua kerusi tersebut, katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...