TERKINI :

Saturday, May 21, 2016

Anina bawa pertikaian keahlian Umno ke mahkamah tertinggi

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/08/Anina-Saadudin-najib-umno.jpg
Bekas ahli Umno Langkawi Anina Saadudin membawa kes pelucutan keahliannya dalam Umno kepada mahkamah tertinggi di negara ini.

Peguamnya, Mohamad Hanif Khatri Abdulla berkata permohonan bagi kebenaran untuk rayuan telah difailkan di Mahkamah Persekutuan semalam.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Anina telah dipecat daripada Umno selepas memfailkan saman terhadap presiden parti dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana mahu beliau mengembalikan sumbangan RM2.6 bilion kepada parti.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah menghantar surat bertarikh 1 Sept dan 2 kepada Anina untuk menyatakan bahawa dia tidak lagi menjadi ahli parti akibat daripada tindakan mahkamah itu.

Susulan itu, Anina memfailkan saman terhadap Tengku Adnan dan setiausaha penganjur, Datuk Abdul Rauf Yusoh, untuk mencabar pemecatan berkenaan.

Di Mahkamah Tinggi, maka pesuruhjaya kehakiman ketika itu, S Nantha Balan berkata mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan Anina untuk mencabar pemecatannya.

"Mahkamah terikat dengan keputusan sebelum ini bahawa mana-mana anggota parti yang memfailkan tindakan mahkamah tidak lagi menjadi anggota parti. Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 tidak membenarkan perkara itu diputuskan," kata Nantha Balan.

Bulan lalu, Anina gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan selepas panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk David Wong Dak Wah memutuskan bahawa mahkamah terikat dengan keputusan yang dibuat dalam kes presiden MyPPP Tan Sri M Kayveas.

Seksyen 18C Akta Pendaftar Pertubuhan menyatakan bahawa apa sahaja keputusan yang dibuat oleh parti politik tertentu, sama ada betul atau salah, tidak tertakluk kepada kajian semula oleh mahkamah dan apa jua pertikaian yang timbul perlu diselesaikan di luar mahkamah.

"Keputusan parti politik adalah muktamad dan konklusif dan keputusan itu tidak boleh dicabar," kata Hakim Wong dalam penghakiman sebulat suara.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...