TERKINI :

Thursday, May 5, 2016

Alor Setar - Petani mengeluh sawah kering

Petani mengeluh sawah kering

ALOR SETAR - Golongan petani di Kampung Alor Besar, belakang Sekolah Kebangsaan Taman Awana merayu kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) agar dapat membekalkan air ke sawah untuk aktiviti pertanian musim ini.

Mereka mendakwa, sejak air dibekalkan melalui Empangan Pedu Mac lalu, sehingga kini masih belum sampai.

Petani, Ali Ishak, 46, berkata, mereka masih lagi menunggu bekalan air untuk disalirkan ke sawah bagi aktiviti membajak.

Bagaimanapun sehingga kini mereka belum mendapat bekalan air dan tanah sawah menjadi semakin keras.

“Sebelum ni bekalan air sentiasa sampai setiap waktu musim tanaman. Kami dah jumpa dengan pihak berkenaan tapi tak ada jawapan pasti diberi.

“Masalah seperti ini tak sepatutnya berlaku sebab kami dah usahakan sawah ni sejak berpuluh tahun dan segala kemudahan sudah pun dibina. Tapi hairan kenapa kali ni jadi macam ni," katanya.

Salleh Taib, 65, pula berkata, kelewatan membekalkan air ke sawah di kawasan itu akan memberi kesan jangka panjang kepada petani kerana hasil padi akan lewat dituai.

"Padi akan mudah diserang penyakit dan petani terpaksa tanggung rugi.

“Selepas masalah ini diadu kepada pihak berkenaan, mereka seharusnya turun padang dan berjumpa dengan petani sendiri supaya masalah itu dapat diselesaikan secepat mungkin. Sekarang kami dah tak tau nak mengadu kepada siapa lagi," katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...