TERKINI :

Tuesday, May 31, 2016

BN belum buat keputusan terima atau tolak RUU

KUALA LUMPUR: Pemimpin BN masih belum membuat sebarang keputusan berhubung isu Rang Undang Undang (RUU) Persendirian Akta 355 Mahkamah Syariah.

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata soal keputusan itu tidak timbul dan ia hanya akan diputuskan apabila tiba masanya.

“Tidak timbul soal kita tergesa-gesa dalam soal ini.

“Di peringkat BN kita belum mendapat apa-apa arahan daripada parti dan pendirian kita mengenai perkara itu belum lagi diputuskan dan keputusan akan hanya dibuat bila sampai masanya,” katanya ketika ditemui pemberita, hari ini.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata setakat ini BN masih mempunyai banyak pilihan berhubung Akta 355 yang memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

“Kita ada banyak pilihan, kita boleh menerima secara ‘read and block’ berasaskan writ, kita juga boleh menolak berdasarkan ‘read dan unblock’,” katanya.

Katanya, ahli Parlimen BN juga boleh mengundi mengikut naluri hati masing-masing.

“Kita juga boleh membiarkan ahli parlimen BN mengundi mengikut isi hati, kita juga boleh mengambil sikap berkecuali,” katanya.

Khamis lalu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul RUU persendirian berkenaan selepas dicadangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dan disokong Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Rashid Shirlin.

Tindakan Hadi itu menyebabkan beberapa pemimpin parti komponen BN mahu meletakkan jawatan di dalam Kabinet jika undang-undang berkenaan diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Antara pemimpin yang membantah ialah Presiden MIC Datuk S Subramaniam, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong.

'Pahlawan Melayu' di muktamar Pemuda PAS hari ini

Muktamar Pemuda PAS di Kelantan hari ini menyaksikan kelainan apabila pemimpin kanannya tampil dengan pakaian seperti pahlawan Melayu.

Penampilan ketuanya Nik Abduh Nik Mat yang sebelum ini selalu tampil berkopiah hari ini nyata berbeza.

Angota parlimen Pasir Mas itu bahkan bertanjak dan menyelit keris di pinggang.

Keadaan ini berbeza dengan sebelumnya apabila pemimpin PAS lebih selesa dengan imej biasa mereka berkopiah putih, berserban dan berjubah.

Ini muktamar pertama PAS selepas meninggalkan gabungan dengan PKR dan DAP dan membentuk blok baru dengan parti kecil Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

Muktamar ini berlangsung menjelang dua pilihan raya kecil bulan depan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang ditandingi mereka.

Kedua-dua kawasan itu mempunyai majoriti pengundi Melayu.

Ibu dua anak dipenjara 4 hari curi susu formula

Gara-gara mencuri pelbagai jenis barang termasuk susu formula bayi di sebuah kompleks beli-belah, ibu dua anak dihukum penjara empat hari oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
   
Majistret Mohd Rehan Mohd Aris menjatuhkan hukuman itu ke atas Norlelawati Ibrahim, 28, selepas dia mengaku bersalah mencuri 12 jenis barang bernilai RM462.96 termasuk dua susu formula bayi milik Aeon Mid Valley, Kuala Lumpur pada 10.15 malam, 28 Mei lepas.
   
Mahkamah memerintahkan surirumah itu menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada 28 Mei lepas.
   
Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda dan bagi kesalahan kedua atau kemudian hendaklah dihukum dengan penjara dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.
   
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Farith Muhammad Faizal memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal  mengambil kira faktor kepentingan awam supaya dapat memberi pengajaran kepada tertuduh.
   
Norlelawati yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia  dan suami masing-masing tidak bekerja serta mempunyai dua anak berumur 10 tahun dan tiga tahun.

-Bernama

CheGuBard akan dipenjara 6 bulan jika gagal bayar denda sehingga jam 3 ptg nanti

Saya dan 14 yg lain sdg proses dimasukkan ke lokap polis di Mahkamah jika kami gagal bayar denda hari ini akan dibawa ke penjara...

10 org di denda rm6k termasuk saya dan 5 org didenda rm2k....

Kami dalam keadaan semangat tinggi .... insyaAllah perjuangan utk mendapatkan pilihanraya bebas dan adil tidak akan berhenti ....

"Perjuangan Adalah Pelaksanaan Kata - Kata"

cheGuBard

Sudah ada calon BEBAS dalam PRK Kuala Kangsar

Syed Rosli umum jadi calon Bebas Kuala Kangsar

PETALING JAYA: Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Syed Rosli Jamalullail hari ini mengumumkan dirinya akan bertanding sebagai calon Bebas pada PRK Kuala Kangsar.

Keputusan itu diambil kerana Syed Rosli kecewa dengan tindakan BN menurunkan Datin Mastura Mohd Yazid di Parlimen berkenaan pada 18 Jun nanti.

“Saya selaku ahli UMNO berasa amat kecewa dengan kepimpinan parti kerana gagal meletakkan calon anak tempatan yang jauh layak daripada Mastura yang dicalonkan.

“Saya selaku anak jati Kuala Kangsar merasakan kedua calon dari PAS dan BN yang bukan anak tempatan, ini sudah semestinya gagal memahami apa kehendak dan keperluan rakyat Kuala Kangsar,” tulisnya menerusi Facebooknya hari ini.

Semalam, Syed Rosli menggesa Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menukar calon PRK Kuala Kangsar kerana merasakan pemilihan Mastura hanya memberi kelebihan kepada PAS.

Beliau turut memuat naik beberapa status agak keras di laman Facebooknya yang dilihat sebagai tanda protes terhadap pemilihan Mastura sebagai calon BN di Kuala Kangsar.

“Kelebihan calon PAS (Dr Najihatussalehah Ahmad) boleh berbahasa Mandarin. Ini memberi sedikit kelebihan untuk menarik pengundi Cina.

“Selain itu, calon BN (Mastura) juga yang tidak dapat turun berkempen kerana dalam iddah menyebabkan pengundi beralih kerana tidak mengetahui tentang perancangan untuk membangunkan Kuala Kangsar dan manfaat kepada pengundi di sana,” jelasnya semalam.

BN sudah ketandusan pemimpin kah sampai sanggup angkat Mastura jadi calon

'Sepatutnya cadang nama lain bukan Mastura'

SHAH ALAM - BN seharusnya mencadangkan nama lain dan bukannya Datin Mastura Mohd Yazid sebagai calon PRK Parlimen Kuala Kangsar.

Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, dalam konteks calon BN, parti itu sepatutnya mencadangkan nama lain, agar memudahkan Mastura, seorang balu menjalankan kewajipannya menuruti ajaran Islam.

Katanya, berdasarkan Surah Al-Baqarah ayat 234, waktu edah bagi seorang wanita adalah empat bulan 10 hari.

“Menurut hadis sahih, wanita yang dalam tempoh edah tidak boleh, keluar rumah kecuali hajat seperti untuk mendapatkan rawatan, bekerja (sumber rezeki diri dan anak-anak) dengan syarat wang simpanan tidak mencukupi.

“Dalam tempoh edah ini juga, wanita tersebut tidak boleh keluar rumah melainkan dalam keadaan ketakutan dan keseorangan di rumah. Beliau juga tidak boleh memakai pakaian yang terang warnanya, bersolek dan berhias,” katanya.

Mengulas mengenai berkempen melalui aplikasi Skype atau video, Zaharuddin berkata, ia mungkin boleh tepati hukum larangan keluar rumah, tetapi tetap boleh melanggar larangan mendedahkan diri tanpa keperluan kerana masih ada orang lain yang boleh menjadi calon.

BN melawak letak calon untuk raih simpati

PETALING JAYA: Keputusan Barisan Nasional (BN) mencalonkan Datin Mastura Mohd Yazid sebagai calon BN bagi PRK Parlimen Kuala Kangsar dilihat sebagai satu lawak jenaka pucuk pimpinan parti itu.

Bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman berkata demikian selepas mendapati ramai akar umbi parti itu sendiri tidak bersetuju dengan pencalonan Mastura, balu bekas Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang meninggal dunia dalam nahas helikopter baru-baru ini.

Katanya, pencalonan Mastura hanyalah untuk meraih undi simpati rakyat, sekaligus sanggup mengadai perjuangan asal BN sebelum ini yang sentiasa mengetegah calon berkaliber dan mampu berkhidmat untuk rakyat.

“Saya pun tak faham apa strategi BN dengan meletakkan Datin Mastura sebagai calon.

“Strategi meraih simpati itu sudah lari daripada strategi asal UMNO dan BN yang mahu meletakkan calon yang mampu berkhidmat untuk rakyat dan menyumbang tenaga.

“Ia menunjukkan UMNO dan BN sudah tenat sehingga terpaksa guna elemen simpati untuk menarik undi,” katanya yang turut menegaskan Mastura masih tidak cukup pengalaman dalam bidang politik.

Tambahnya lagi, proses berkempen adalah penting untuk calon mengambil tahu dan melihat sendiri permasalahan rakyat demi melakukan perubahan selepas dipilih menjadi Ahli Parlimen.

“Namun, halangan (temph edah) Mastura tidak turun berkempen dikhuatiri akan menjadi kekurangan. Saya juga tidak yakin rakyat akan mengundi calon BN atas dasar simpati.

Ini bukan medan mencari simpati dan keadaan Mastura sebagai balu sepatutnya diberi sokongan bukan digunakan sebagai strategi menang pilihanraya,” katanya kepada FMT.

Ekoran itu, Hamidah yang juga bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng turut menjangkakan pengundi Kuala Kangsar akan berubah angin menolak BN dan memilih calon PAS yang dilihat mampu membawa suara rakyat berbanding BN.

“Sokongan rakyat kepada calon pembangkang (PAS) bukan kerana mereka suka pembangkang tetapi mereka tidak suka calon BN. Selain itu, mereka juga tiada pilihan. Situasi dan isu semasa seolah-olah membolehkan calon PAS berpeluang untuk menang.

“Ini ditambah dengan isu Datuk Seri Najib Razak yang semua sedia maklum diikuti kemarahan penduduk Kuala Kangsar yang kebanyakannya penoreh getah dan menanam kelapa sawit di mana harga getah dan kelapa sawit turun sehingga menekan hidup mereka.

“Akar umbi BN juga tidak bersetuju dengan pencalonan Mastura dan mengajak penduduk mengundi calon yang tidak ada edah (pembangkang),” katanya.

Terdahulu, Mastura tampil membuat permohonan maaf kepada seluruh jentera parti kerana tidak dapat menyertai kempen yang dijadual bermula 5 Jun depan.

Mastura, 55, berkata beliau mengambil keputusan itu kerana masih berada dalam tempoh edah selama empat bulan 10 hari sebagaimana yang ditetapkan hukum Islam bila seseorang wanita kematian suami.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN at 3:05:00 PTG

Monday, May 30, 2016

Saya akan saman malu: Timb Speakar DUN Kedah

ALOR SETAR - “Saya akan ambil tindakan saman malu kerana ada cubaan menjatuhkan reputasi saya," tegas Timbalan Speakar Dun Kedah, Datuk Azmi Che Husain berkenaan insiden di hadapan Aman Central melibatkan dirinya pada 15 Mei lalu yang kini menjadi viral di laman sosial.

Menurutnya, tindakan itu diambil terutamanya kepada pihak yang memfitnah dirinya mencederakan seorang wanita, iaitu teman kepada lelaki yang mendakwa dia dipukul oleh Azmi.

“Saya akan buat laporan kepada pihak berwajib selepas menerima pandangan peguam agar tindakan diambil kepada mereka yang terlibat memburuk-burukkan keadaan tidak benar di laman media sosial.

“Fitnah dan viral itu boleh menjejaskan reputasi saya sebagai timbalan speaker dan Adun, malah menjatuhkan maruah keluarga saya,” katanya kepada Sinar Harian di sini, kelmarin.

Beliau yang juga Adun Bayu turut bersimpati dengan wanita yang terlibat dalam kejadian itu kerana dilayan buruk oleh teman lelakinya.

“Saya lihat apa yang berlaku kepada wanita itu. Masa dia dikasari, saya ada tegur sikap lelaki tersebut,” katanya.

Sebelum ini, satu rakaman video berdurasi 33 saat di hadapan Aman Central, Alor Setar memaparkan insiden pergelutan empat individu.

Dalam rakaman itu, Azmi didakwa mencederakan seorang wanita.

Dalam pada itu, dua individu tampil menjadi saksi kejadian berkenaan dan memberi keterangan kepada pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, malam kelmarin.

Azamuddin Mansor, 18, dari Kepala Batas, berkata, wanita berkenaan ditarik kasar sebelum ditolak masuk di tempat duduk belakang kereta.

Menurutnya, perkara itu berlaku selepas wanita berkenaan cuba menenteramkan lelaki berkenaan dari meneruskan pergaduhan.

“Saya hanya  sedar kejadian ketika wanita berkenaan menarik lelaki itu supaya tidak teruskan pergaduhan. Kemudian Datuk (Azmi) dan anak-anaknya menuju ke kenderaan mereka semula.

“Tetapi lelaki itu menarik teman wanitanya dengan kasar dan menolak dia ke dalam kereta di tempat duduk belakang. Selepas itu dua orang awam dilihat menghampiri lelaki itu untuk meredakan keadaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Azamuddin berkata, dia tampil memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa selepas menyedari ramai pengguna media sosial bertindak membuat tuduhan melulu biarpun tidak mengetahui kejadian sebenar.

Seorang lagi saksi, Siti Hajar Azmi, 25, berkata, insiden berkenaan bukan hanya berlaku dalam tempoh 33 saat seperti yang dirakam.

“Ia berlaku lebih panjang dari itu. Waktu kejadian saya ada di seberang jalan. Apa yang saya nampak lelaki berkenaan bertindak kasar kepada wanita itu apabila menarik dan menolaknya masuk dalam kereta. Sikap lelaki itu memang kasar, wanita itu hanya mahu leraikan keadaan,” katanya.

Rafizi lapor SPRM dakwaan 'rasuah wanita' di Selangor

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini membuat laporan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah wang dan wanita dalam kerajaan Selangor.

Beliau ditemani oleh Ketua Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah dan dua anggota parlimen, iaitu Wong Chen (Kelana Jaya) dan G Manivannan (Kapar).

Rafizi yang tiba di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 11.45 pagi, menghabiskan kira-kira sejam sebelum meninggalkan bangunan itu.

Ditemui selepas laporan, beliau enggan mendedahkan maklumat lanjut laporannya, termasuk individu disebut dan sejauh mana serius kesalahan itu.

“Saya terikat dengan Akta SPRM, jadi saya tidak boleh dedah butiran lanjut,” katanya.

Beliau meminta orang ramai tidak membuat spekulasi dan membenarkan SPRM lakukan tugasnya.

Rafizi membuat dakwaan itu dalam perbualan dalam aplikasi pesanan WhatsApp yang bocor.

Beliau sebelum ini menggemukakan bukti itu kepada biro politik PKR dan diarah supaya membuat laporan SPRM.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali menolak dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai kempen memburuk-burukkan.

Kejadian berlaku dilihat pelbagai pihak sebagai petanda perpecahan dalam PKR.

Exco - Langkawi bakal jadi pulau pelancongan kosmetik

LANGKAWI: Langkawi bakal dijenamakan sebagai destinasi pelancongan kosmetik menerusi pembangunan Langkawi Cosmetic Island membabitkan pelaburan RM200 juta yang diilhamkan menyerupai Loire Valley di Perancis bagi menarik minat lebih ramai pelancong berpendapatan tinggi ke pulau ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan dan Warisan dan Kerja Raya Kedah, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata, setakat ini tanah berkeluasan 243 hektar di Kampung Ulu Melaka telah dikenal pasti sebagai lokasi pusat penyelidikan dan pembangunan, kilang, pusat jualan serta pusat penanaman herba.

Melalui pewujudan pusat itu katanya, pengeluar pelbagai jenama kosmetik terkemuka dunia akan membuka cawangan dan menghasilkan produk mereka sepenuhnya di Langkawi bermula daripada proses mendapatkan bahan mentah seperti herba dan bunga sehingga ke produk akhir.

“Kami mahu wujudkan tempat memproses minyak wangi dan kosmetik kerana mereka sedar kebanyakan (minyak wangi dan kosmetik) menggunakan herba dari dunia tropika dan Langkawi oleh kerana ada sinergi pelancongan jadi ia adalah tempat terbaik (untuk mewujudkan pusat kosmetik),” katanya selepas menghadiri perasmian Hotel St Regis semalam.

Jangan tangkap, biar yang menghina bersemuka dengan saya - TMJ

Pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini bertitah agar pihak polis tidak menangkap mana-mana individu yang membuat kenyataan menghina baginda.

Dalam temuramah eksklusif yang dikongsi di laman Facebook Johor Southern Tigers, baginda turut mengusulkan agar pihak berkuasa menganjurkan pertemuan antara individu tersebut dengan baginda.

“Terus terang saya cakap yang saya tidak peduli apa sahaja orang mengatakan kerana saya amat bersyukur dengan apa yang Allah SWT berikan kepada saya,” titah baginda.

Tengku Mahkota Johor dalam temuramah tersebut turut mengingatkan para pembaca tentang pencapaian baginda dalam bidang sukan sejak kecil sehingga bergelar pemilik JDT.

“Nama saya dinyanyikan ribuan orang apabila saya memasuki stadium,” tambah baginda.

TMJ: Sistem pendidikan lemah, mudah kawal orang bodoh

PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata seorang individu pernah memberitahu kepadanya taraf pelajaran di negara ini tidak boleh dipertingkatkan bagi memudahkan proses meraih undi dan mengawal pemikiran orang bodoh.

“Saya pernah mempersoalkan kepada seseorang individu (tidak menyebut nama individu tersebut) kenapa kita tidak boleh meningkatkan lagi taraf pelajaran, beliau menyatakan kepada saya kerana ada dua fakta.

“Fakta pertama untuk mendapatkan undi dan kedua adalah lebih mudah untuk mengawal pemikiran orang yang bodoh dan tanpa berpelajaran,” katanya dalam satu wawancara yang dimuat naik di Facebook Johor Southern Tigers.

Sehubungan itu, katanya pendidikan amat ditekankan kepada rakyat Johor supaya mereka tidak mudah dipermainkan oleh sistem yang memutarbelitkan perkara sebenar.

“Itulah sebabnya saya lebih memberi keutamaan kepada rakyat Johor dalam hal pelajaran kerana saya tidak mahu rakyat saya mudah dipermainkan oleh sistem yang memutarbelitkan perkara sebenar serta mengalih perhatian isu besar daripada rakyat,” katanya.

Tunku Ismail atau mesra digelar TMJ berkata terdapat laman di media sosial diupah sesetengah organisasi yang mempunyai kuasa supaya melaga-lagakan rakyat bagi mengalihkan perhatian daripada isu lebih besar dalam negara.

Katanya, tindakan itu membolehkan orang dan organisasi tertentu melaksanakan misi mereka tanpa disedari.

“Rakyat kena pandai menilai sendiri. Saya bertuah dengan kedudukan saya ini, saya dapat melihat dan mendengar dengan mata dan telinga saya sendiri tentang apa yang dirancang orang besar dan organisasi yang tidak akan dapat diketahui rakyat di luar sana,” katanya.

Singapura tempat ke 7 paling Islamik di dunia

Mungkin ramai yang tidak akan bersetuju dengan kajian yang dilakukan oleh Hossein Askari, seorang Profesor dari Universiti George Washington di Amerika Syarikat. Namun itulah hasil kajian beliau bersama seorang penulis indeks Islamicity Scheherazade S. Rehman.

Menurut beliau, kesemua negara dinilai melalui bagaimana mereka menggunakan pengajaran dari Al-Quran ke dalam kehidupan masyarakat.

Ramai yang menjangkakan Malaysia dan Arab saudi akan mengunguli tempat teratas, namun jangkaan mereka meleset kerana kajian bukan di nilai kepada rakyatnya beragama apa, tetapi perlakuan, kegiatan harian, urus tadbir negera menepati apa yang Al-Quran sarankan.

Singapura menduduki tempat ke 7 berbanding Malaysia yang berada di tangga ke 33. Tahap kebersihan, isu rasuah pemimpin, kebajikan rakyat lebih terjamin di singapura berbanding Malaysia yang majoritinya umat islam yang membaca Al-Quran setiap masa. Arab saudi yang mempunyai Mekah dan Madinah terus tidak tersenarai dalam 50 negara paling islamik.

Tempat pertama di rangkul oleh Negara Ireland yang mana kadar jenayah, keamanan, kebajikan, kebersihan di negara itu jauh lebih baik berbanding negara berjenama Islam.

Isu Salah Guna Kuasa Dan Penguasaan Ilmu Al-Quran Yang Sangat Lemah Adalah Antara Punca Negara Islam Berada Di Kedudukan Bawah Dalam Senarai

"Ada orang yang menggunakan agama sebagai alat kuasa. Mereka tidak mengambil berat tentang orang Islam. Mereka tidak menerapkan nilai-nilai Al-Quran ke dalam kehidupan seharian dan tidak menggalakkan orang untuk mempelajari ilmu Al-Quran," jelas Hossein.

Dalam Al-Quran ada mengatakan bahawa kemakmuran ekonomi adalah baik untuk masyarakat dan negara. Tetapi laporan Profesor Hossein Askari mendapati kemakmuran jarang sekali diterapkan dalam ekonomi negara-negara Islam.

Laporan ini telah menemplak negara-negara islam, dan sewajarnya dijadikan cabaran bagi pemimpin negara islam agar lebih memahami kandungan agama supaya Islam tidak dipandang lemah oleh dunia...

Sunday, May 29, 2016

AMANAH sokong usaha memartabatkan kedudukan Mahkamah Syariah

Kenyataan Media

USAHA UNTUK MEMARTABAT KEDUDUKAN MAHKAMAH SYARIAH HARUS DISOKONG

www.amanah.org.my

1. Biro Undang-Undang (KANUN) Parti Amanah Negara (AMANAH) menyambut baik pembentangan usul persendirian Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan) 2016 oleh Ahli Parlimen Marang,  Yang Berhormat Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 26 Mei 2016 yang lalu.

2. KANUN melihat usul persendirian tersebut merupakan usul yang baik dalam usaha untuk mengangkat dan menambahbaik martabat serta kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia terutama sekali daripada sudut bidangkuasa hukuman.

3. Usul pindaan yang difahami untuk dicadangkan adalah untuk meningkatkan tahap hukuman bagi kesalahan jenayah daripada sekadar penjara tidak lebih 3 tahun,  denda tidak melebihi RM5 ribu dan sebatan tidak lebih daripada 6 kali.

4. Walaubagaimanapun,  KANUN mendapati bahawa langkah membentangkan usul persendirian tersebut bukan sahaja telah mengundang pelbagai reaksi pelbagai pihak malah juga telah mencetuskan polemik baik di kalangan pemimpin politik mahupun pengamal undang-undang.

5. KANUN menyedari bahawa reaksi dan polemik yang timbul tersebut  juga mempunyai asas yang perlu diteliti dan diperhalusi. Terdapat ahli parlimen pembangkang yang mempersoalkan kewajaran usul persendirian tersebut didahulukan berbanding usul-usul kerajaan yang lain serta tanpa perbahasan.

Ada pemimpin-pemimpin politik yang merasakan bahawa usul tersebut akan membuka laluan awal kepada pengenalan undang-undang Hudud PAS yang telah lama dipertikaikan. Seorang pengamal undang-undang kanan pula mempersoalkan matan deraf Rang Undang-Undang tersebut yang memungkinkan berlaku kekeliruan dan kecelaruan di masa hadapan.

Malah wujud juga persepsi di kalangan pemerhati politik yang mengatakan bahawa ianya merupakan "move" politik PAS dan UMNO-BN untuk menghadapi pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang akan berlangsung tidak lama lagi.

6. KANUN sendiri difahamkan bahawa cadangan usul tersebut juga tidak dibawa konsultasi dengan pemegang-pemegang taruh yang berkepentingan termasuk Majlis Raja-Raja sebelum dibentangkan sepertimana proses konsultasi ke bawah dan menyeluruh dilakukan bagi menambahbaik Akta Syarikat 1965 dan juga hak asasi manusia di Malaysia.

7. KANUN sekali lagi berpendirian bahawa dalam perihal usul persendirian terhadap penambahbaikan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 ('Akta 355') tersebut umumnya harus disokong, walaubagaimanapun, langkah tersebut juga harus dilaksanakan dalam cara, masa dan keadaan yang munasabah bagi mengelakkan tanggapan negatif yang tidak perlu terhadap Islam dan mengundang perpecahan di kalangan rakyat.
    
"Harapan Baru"

WAN ANWAR BIN WAN IBRAHIM
Timbalan Pengerusi
Biro Undang-Undang (KANUN)
Parti Amanah Negara

28 Mei 2016

MP jelaskan kekeliruan usul dibaca Hadi

Khamis lepas menyaksikan ahli parlimen pembangkang berang selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said membawa cadangan untuk mengemukakan usul dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kekeliruan timbul selepas Hadi bangun dan membaca rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta 355 seolah-olah ia adalah bacaan pertama rang undang-undang.

Bagaimanapun Ahli Parlimen PKR N Surendran menjelaskan bahawa ia bukan rang undang-undang, sebaliknya usul bagi mendapatkan kebenaran agar sebuah rang undang-undang persendirian dibawa ke hadapan.

"Semua media melaporkan bahawa rang undang-undang itu keluar - rang undang-undang itu tidak pernah keluar. Ia adalah satu usul, bukan rang undang-undang," kata Surendran kepada Malaysiakini.

Memetik Peraturan Mesyuarat 49, Surendran berkata rang undang-undang persendirian hanya boleh dibawa jika seorang ahli parlimen mendapat kebenaran dewan.

Hadi, katanya, telah memfailkan usul untuk mendapat kebenaran dewan bagi membawa rang undang-undang ahli persendirian itu.

Satu lagi kekeliruan mengenai perkara itu mungkin disebabkan perbezaan prosedur antara rang undang-undang kerajaan dan rang undang-undang persendirian di mana ia tidak perlu meminta izin sebelum dibawa ke bacaan kali pertama.

Dalam kejadian Khamis lalu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta Hadi menjelaskan rang undang-undang itu dan Hadi kemudian meminta usul itu ditangguhkan.

Oleh itu, usul Hadi untuk mendapatkan kebenaran dewan bagi membawa rang undang-undang persendirian itu belum diputuskan kerana usul itu masih belum diluluskan.

"Ini bermakna pada sesi parlimen akan datang, apa yang perlu diputuskan pertama adalah usul untuk membawa rang undang-undang persendirian.

"Tiada rang undang-undang persendirian sehingga usul itu ditentukan. Jadi Hadi perlu membentangkan usul yang sama sekali lagi pada sesi akan datang.

"Tidak ada bacaan pertama atau kedua kerana usul bagi kebenaran belum diluluskan lagi," kata Surendran.

Saya sudah serik kerjasama dengan PKR - Hadi


Hubungan Azmin dengan Abdul Hadi baik namun kini bermasalah menjelang PRK Sungai Besar Kuala Kangsar. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui parti itu sudah serik untuk bekerjasama dengan parti pembangkang terutamanya PKR. Ini kerana kata beliau, PAS berkerja sepanjang masa sedangkan parti pembangkang lain hanya hadir ketika musim pilihan raya sahaja. 

“Terang-terang saya sebut, banyak pilihan raya kita beri kepada rakan kita ini (PKR). Masa pilihan raya, dia datang, lepas pilihan raya, dia tak datang, jadi orang PAS yang bekerja. “Sudah berapa kali pilihan raya, orang PAS yang bekerja kuat kerana PAS bekerja sepanjang masa. (Tetapi) apabila tiba pilihan raya, dia datang, nak kawasan (bertanding). “Ini bukan sahaja di Sungai Besar dan Kuala Selangor sahaja, kawasan lain pun begitu juga,”katanya kepada pemberita di pejabat Kesatuan Ulama Islam Sedunia pada Jumaat lalu sebagaimana dilaporkan sebuah laman yang pro Pas, Tranungkite.net. 

Ia juga turut dilaporkan oleh Buletin Utama TV3. Kenyataan Abdul Hadi dipercayai kerana kesal dengan sikap PKR yang cuba merebut kawasan pilihan raya Sungai Besar untuk bertanding juga. Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmi Ali mengaku beliau sedia terus berunding dengan Pas walaupun sudah beberapa kali gagal mencapai kata sepakat. 

Pemilihan Mastura sebagai calon BN bakal tingkatkan undi simpati

Analisis Berita

SHAH ALAM - Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, pemilihan balu Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar bakal meningkatkan undi simpati buat BN.

Menurut beliau, sebagai seorang individu yang rapat dengan Allahyarham, Datin Mastura Mohd Yazid‎ dilihat dapat memahami lokaliti kawasan Kuala Kangsar serta penduduk setempat di sana.

“Itu beri kelebihan kepada beliau sebagai seorang yang rapat dengan Allahyarham dan pernah turut membantu aktiviti suaminya sebelum ini,” katanya kepada Sinar Online.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai tempoh edah Mastura, Sivamurugan berkata bagi peringkat ini, jentera parti harus memainkan peranan dengan menunjukkan bahawa kemampuan serta kewibawaan calon yang dipilih perlu diberi keutamaan untuk menggantikan Allahyarham.

[VIDEO] UMNO Cadang, PAS Bentang, Yang Jahatnya DAP & AMANAH (?)

 https://2.bp.blogspot.com/-rF7lhod29eM/V0q03Y_-Y7I/AAAAAAAB85E/oz6Q74oJJEg1QGYqNWz9FZZcEysgBZV-gCLcB/s1600/az.jpg
"UMNO yang cadang, UMNO yang sokong, PAS yang bentang, PAS yang tangguh, yang jahatnya AMANAH dan DAP," demikian disuarakan oleh Pengerusi Parti AMANAH Negara Negeri Melaka, Sdra Hj Adly Zahari merujuk kepada pembentangan usul rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat selepas mendapat ruang melalui cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Usul itu kemudian disokong Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Rashid Shirlin tetapi kemudiannya dimohon penangguhan oleh Presiden PAS tanpa sebarang alasan.

Adly menyatakan bahawa kini ramai tokoh-tokoh agama yang turut mempersoalkan langkah PAS itu, yang mana sepatutnya langkah itu (pindaan RUU EKJS) baik, ia menyatukan, mendamaikan dan memperkukuhkan Islam itu sendiri.

Adly juga menyatakan kita kena beri sumbangan ke PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar supaya kita dapat meraih sokongan daripada rakyat dan seterusnya dapat merealisasikan keinginan untuk melihat perubahan (perintahan dan kehidupan) di dalam negara ini.

Beliau bercakap demikian di Majlis Pelancaran Pilihanraya AMANAH Melaka ke PRK Sungai Besar di Sungai Rambai malam tadi yang turut disertai oleh Pengerusi Biro Tanah dan Luarbandar Parti Amanah Negara, Tn Hj Mazlan Aliman dan Pengerusi AMANAH Negeri Sarawak, Sdra Hud Andre Zulkarnaen.

AMANAH Melaka diputuskan akan membantu berkempen untuk calon AMANAH di PRK Sungai Besar.

JPJ panggil 91 pemilik kenderaan guna lorong kecemasan

KUALA LUMPUR - JPJ telah mengeluarkan 91 notis temu siasat kepada pemilik kenderaan yang didapati menggunakan lorong kecemasan di KM228 Lebuhraya Plus, di Melaka, Ahad lepas sehingga menghalang laluan ambulans.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancang dan Operasi) JPJ, Datuk Yusoff Ayob berkata, notis itu dikeluarkan JPJ Melaka pada minggu lepas setelah selesai siasatan terhadap rakaman video orang awam mengenai kejadian berkenaan.

"Semua pemilik kenderaan yang terlibat diberi tempoh 14 hari untuk tampil ke pejabat JPJ dan disiasat mengikut Seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengenal pasti pemandunya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta Kursus Asas Keselamatan Jalan Raya (Marshall) di sini hari ini.

Yusoff berkata, pemilik kenderaan terbabit perlu tampil bagi proses mengenal pasti siapa yang memandu kenderaan berkenaan ketika kejadian, untuk tindakan selanjutnya.

Mesyuarat MIC kecoh, penyokong merusuh

SUBANG JAYA: Sekumpulan penyokong MIC dipercayai daripada ‘geng’ bekas presiden Datuk Seri G Palanivel datang ke mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti India itu di sini hari ini.

Mereka cuba masuk ke Grand Boulevard di One City di mana EGM itu berlangsung, dengan tujuan menghentikan mesyuarat berkenaan yang turut dihadiri Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Sesetengah penyokong bertindak melampau dengan membaling botol ke arah polis yang berkawal di luar lokasi mesyuarat.

Namun, mesyuarat tetap berlangsung di dalam dewan, sementara ada ahli daripada kumpulan yang membuat kecoh di luar melaung mendesak Subramaniam meletak jawatan sebagai presiden MIC.

Halangan tegak syiar Islam disebabkan Umno - Mohd Amar

Halangan utama PAS untuk menegakkan syiar Islam bukan kerana kumpulan 'Anwarinas' atau 'Erdogan' tapi disebabkan oleh Umno sendiri, kata Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

“Sebenarnya halangan utama kita di Malaysia ini ialah Umno. Itu halangan yang besar manakala orang lain tidak menjadi halangan yang besar.

“Apa yang berlaku dalam PAS ini cuma perbezaan pendapat dan pandangan bukan pertembungan dari segi dasar. Ada orang berpandangan macam ini, ada yang berpandangan macam itu dan apabila orang tidak boleh bertoleransi dengan perbezaan pandangan maka dia tinggalkan PAS.

“Musuh kita yang sebenar tetap BN sebab dia yang pegang kuasa sekarang. Ini yang perlu kita lakukan selesaikan dahulu dalam usaha menegakkan Islam di Malaysia,” katanya seperti dilapor Mingguan Malaysia.

Amar berkata demikian ketika ditanya mengenai langkah yang dilakukan oleh PAS selepas kumpulan Erdogan dalam parti Islam itu dibersihkan.

Turut bersama dalam wawancara itu Ketua Pemuda PAS Mohamad Abduh Nik Aziz dan Dewan Ketua Ulama Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

Sementara itu Amar menjangkakan parti serpihan PAS iaitu Parti Amanah Negara (AMANAH) tidak tahan lama dan jangka hayat mereka sehingga Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) sahaja.

Racun tidak dikesan dalam Quaker Oat pasaran tempatan



PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan mengesahkan produk makanan bijirin oat jenama Quaker Oats yang dijual di pasaran tempatan tidak mengandungi glyphosate iaitu sejenis racun rumpai.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata mengikut sub peraturan 41(3), Peraturan-Peraturan Makanan 1985, kadar maksimum residu glyphosate yang dibenarkan dalam makanan bijirin termasuk oat adalah 30miligram/kilogram (mg/kg).

"Kementerian Kesihatan mengambil maklum isu residu racun perosak glyphosate dalam produk makanan bijirin jenama Quaker Oats yang disiarkan melalui laman web Fox News dan New York Post serta tersebar luas di media sosial kebelakangan ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya laman web itu melaporkan seorang pengguna di Brooklyn, Amerika Syarikat mengemukakan saman ke atas syarikat pengeluar makanan bijirin jenama Quaker Oats kerana syarikat itu didakwa menyembur glyphosate ke atas oat sebagai agen pengering sejurus sebelum oat dituai.

Ahli Parlimen kena sokong usul pinda akta Mahkamah Syariah: Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, Sabtu – “Alhamdulillah tercatat dalam sejarah akhirnya Rang Undang-Undang Persendirian untuk meminda Akta 355 Bidang Kuasa Mahkamah Syariah berjaya dibentangkan di Parlimen.”

Demikian ulasan awal Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dasuki, ketika mengulas pembentangan usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 oleh Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kelmarin.

Rang undang-undang itu adalah bagi membolehkan kuasa Mahkamah Syariah diperluaskan dalam menjatuhkan hukuman berkaitan kes zina, qazaf, minum arak dan murtad.

Asyrah berkata, hukuman itu melebihi kuasa Mahkamah Syariah sedia ada yang hanya terhad mengenakan denda RM5,000 atau penjara tiga tahun dan enam sebatan.

“Dengan pindaan Akta 355 ini, diharap hukuman kepada jenayah tertentu dapat dinaikkan ke tahap sebagaimana yangditetapkan syariah dan tidak sesekali melangkaui bidang kuasa Persekutuan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Negara,” katanya, semalam.

Selain itu, beliau mengingatkan bahawa pindaan berkenaan tidak langsung menyentuh orang bukan Islam kerana ia hanya membabitkan peluasan kuasa Mahkamah Syariah di bawah negeri.

Sehubungan itu, beliau berharap semua Ahli Parlimen menerima dan menyokong usul itu serta menerimanya tanpa mencetuskan andaian tidak benar.

Bagaimanapun, usul itu dibantah bukan saja oleh parti DAP, malah komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA, MIC, Gerakan dan SUPP, turut menyatakan tentangan mereka.

Bukan itu sahaja, seorang Ahli Exco Kedah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gurun daripada MCA, Datuk Dr Leong Yong Kong, turut mengisytiharkan keluar parti kerana membantah pembentangan usul itu yang akan dibahaskan pada sidang Dewan Rakyat, akan datang.

WSJ pertahan laporannya mengenai M'sia dan isu 1MDB

Wall Street Journal (WSJ) tetap mempertahankan laporannya mengenai Malaysia dan isu 1MDB, walaupun Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim telah membuat laporan polis akhbar Amerika itu.

Jurucakap penerbit WSJ,Dow Jones memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa pihaknya mempertahan liputan WSJ yang menurutnya dilaporkan secara bertanggungjawab dan demi kepentingan awam.

Jurucakap itu menegaskan demikian dalam respons kepada permintaan untuk mendapatkan komen mengenai pendedahan surat, di mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam berkata Muhammad telah membuat laporan polis terhadap WSJ.

Surat itu dikatakan daripada Bank Negara kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Ariffin, yang dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

WSJ, yang telah dituduh sebagai sebahagian daripada kempen yang didakwa untuk menyingkirkan Najib, telah mentweet salinan surat itu, dan ini kemudiannya ditweet semula oleh ketua editornya bagi rantau Asia, Tom Wright pagi semalam.

Surat itu dikatakan telah mengesahkan bahawa Good Star Limited dimiliki jutawan Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low.

Ini bercanggah dengan dakwaan kerajaan bahawa Good Star milik bekas rakan kongsi usahasama 1MDB - PetroSaudi International.

Dr M: Saya lebih bimbang Najib musnahkan negara

Tun Dr Mahathir Mohamad sering dituduh musuh politiknya sebagai sengaja menentang Datuk Seri Najib Razak bagi membuka laluan kepada masa depan politik anaknya, Datuk Seri Mukhriz.

Mahathir bagaimanapun hari ini sekali lagi menafikan perkara itu dan menegaskan segala langkah diambilnya demi kebaikan negara.

“Saya tak bimbang masa depan politik Mukhriz. Saya lebih bimbang untuk menahan Najib daripada memusnahkan negara ini,” katanya dalam tulisan di blog.

Mahathir mendakwa “konco-konco” perdana menteri sering mengulangi dakwaan itu bagi mengalihkan perhatian terhadap dakwaan salah laku ketua mereka.

Beliau juga mendakwa kegagalan mendapatkan sokongan Mukhriz menyebabkan langkah diambil untuk menurunkanya sebagai menteri besar Kedah.

Saturday, May 28, 2016

Umno semakin gila.. balu dalam edah dipilih calon PRK Kuala Kangsar

UMNO SEMAKIN GILA, BALU DALAM EDAH (HARAM KELUAR RUMAH) DIPILIH CALON PRK KUALA KANGSAR

Pemilihan Mastura Mohd Yazid, balu Wan Khairil Wan Ahmad sebagai calon BN di Kuala Kangsar benar-benar suatu pemilihan yang gila dan tidak masuk akal serta hanya berlaku di era Najib Razak sahaja.
Di mana agaknya UMNO meletakkan hukum Islam di sebalik keputusan memilih Mastura, seorang balu yang masih dalam edah, sebagai calonnya?

Tidakkah wanita yang baru kematian suami ada tempoh edahnya yang tertentu di mana mereka tidak boleh keluar rumah, kecuali untuk bekerja atau atas urusan lain yang dikategorikan sebagai darurat sahaja demi menjaga kehormatan mereka?

Wanita yang edah juga tidak dibenarkan menziarahi kematian orang lain, pergi ke majlis kenduri, berhias, memakai barang kemas dan sebagainya sepanjang dalam tempoh edah tersebut.

Dari segi budaya pula, edah turut dianggap tempoh berkabung sebagai tanda sedih atas kematian suami.

Jika wanita yang dalam edah tidak dibenarkan atau haram keluar rumah dan sebagainya kecuali darurat, jadi bagaimanakah Mastura yang pastinya akan keluar lebih daripada 12 jam sehari sepanjang tempoh  kempen nanti sedangkan beliau baru saja kematian suami pada 5 April lalu?

Bashah: Leong perlu diberi ruang dan waktu timbang semula keputusannya

Timbalan Pengerusi MCA Kedah, Datuk Dr Leong Yong Kong yang mengumumkan mahu keluar partinya semalam perlu diberi ruang dan waktu untuk menimbangkan semula keputusannya itu, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
   
Katanya Leong yang juga seorang daripada anggota exco negeri wajar dibenarkan bercuti selama dua minggu bagi membolehkannya menenangkan fikiran dan memahami keadaan sebenarnya tentang isu yang menyebabkan beliau bertindak untuk keluar parti.
   
"Lepas dia bercuti itu nanti, (barulah) saya akan jumpa dia tapi saya memang sudah bercakap (dengannya) dalam (perbualan) telefon," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian bantuan bencana dan elaun sara hidup nelayan di Kompleks Perikanan Penarak di Langkawi.
   
Menurutnya tindakan Leong semalam merupakan sesuatu yang tidak disangkakan oleh beliau yang ketika itu masih berada di Kuala Lumpur kerana menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sana.
   
"Tapi tak apalah. Kita akan cuba selesaikan masalah ini dengan cara semangat Barisan Nasional," katanya.
   

Bekas timbalan pengerusi MCA Kedah umum dirinya bebas

PETALING JAYA: Selepas keluar daripada MCA semalam kerana membantah RUU hudud, Dr Leong Yong Kong kini mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas hari ini, lapor The Star Online.

ADUN Gurun itu berkata beliau bagaimanapun akan kekal sebagai wakil rakyat mesra BN dan MCA di Kedah.

Semalam, Yong Kong juga berkata beliau akan meletakkan jawatan sebagai EXCO Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Cina dan India dan Perpaduan negeri, kerana ia lantikan di bawah syor menteri besar.

Bagaimanapun, katanya beliau akan menyerahkan kepada Menteri Besar Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah untuk menentukan kedudukannya sebagai ahli EXCO.

Di Parlimen minggu ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan RUU Mahkamah Syarikah (Bidang kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.

RUU itu pada awalnya berada di senarai terakhir dalam Peraturan Mesyuarat untuk dibahaskan, tetapi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said mencadangkan ia dipercepatkan, disokong Timbalan Menteri Kerja Raja Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Bantahan terhadap RUU hudud itu turut disertai Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, dengan kedua-duanya mengugut untuk melepaskan jawatan masing-masing jika RUU itu diluluskan.

BN namakan balu Wan Mohammad Khair-il calon PRK Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR: BN menamakan Datin Mastura Mohd Yazid, balu kepada Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad sebagai calon PRK Parlimen Kuala Kangsar yang akan berlangsung pada 18 Jun depan.

Pengumuman dibuat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada majlis pengumuman calon BN dan pelancaran jentera pilihan raya kecil itu di Pusat Arahan BN di sini kira-kira jam 4.30 petang tadi, menurut laporan Bernama.

Mastura, 55, ialah graduan undang-undang Lincoln’s Inn di United Kingdom dan bertugas sebagai seorang peguam selama enam tahun.

Ibu kepada empat anak ini juga giat dunia politik dan menjadi AJK Umno Bahagian Chembong, Negeri Sembilan sebelum mengambil keputusan untuk berehat dan menumpukan kepada keluarganya serta arwah suaminya.

Meskipun tidak menyandang sebarang jawatan rasmi namun ramai mengetahui Mastura ialah penasihat peneman setia arwah suaminya dalam menggerakkan kerjanya sebagai wakil rakyat di Bukti Chandan dan seterusnya mewakili Parlimen Kuala Kangsar.

Kerusi Parlimen Kuala Kangsar kosong susulan kematian penyandangnya, Wan Mohammad Khair-il dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Pada PRU13, allahyarham Wan Mohammad Khair-il memperoleh 14,218 undi dengan majoriti 1,082 undi menyingkirkan calon Pas, Khalil Idham Lim Abdullah dan Calon Bebas, Datuk Kamilia Ibrahim.

Kuala Kangsar mempunyai 32,632 pengundi berdaftar dengan 312 merupakan pengundi awal.

DAP jawab Hadi: Ingat era Pakatan dulu

DAP berasa amat kesal dan menafikan sekeras-kerasnya "tuduhan liar" Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan reaksi beberapa ahli parlimen DAP pada Khamis lalu sebagai memusuhi Islam.

Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke berkata apa yang dipertikaikan sebahagian wakil mereka di Dewan Rakyat kelmarin adalah berkaitan prosedur mesyuarat serta tujuan kerajaan membenarkan rang undang-undang persendirian itu dibentangkan.

"Kami mempersoalkan mengapa tiba-tiba pihak kerajaan membenarkan usul tersebut dibentangkan tanpa sebarang notis dan seolah-olah untuk memerangkap ahli-ahli Parlimen yang langsung tidak bersedia untuk membahaskan pindaan rang undang-undang tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kelmarin Abdul Hadi membentangkan usul rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat selepas mendapat ruang melalui cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Usul itu kemudian disokong Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Rashid Shirlin.

Bagaimanapun usul pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat itu tidak dibahaskan kerana Abdul Hadi memohon ia ditangguhkan sehingga sesi akan datang.

Loke yang juga anggota parlimen Seremban berkata "tuduhan liar" yang selama ini dilempar Umno untuk memburuk-burukkan imej DAP di kalangan masyarakat Islam kini disambung oleh PAS.

Katanya, pendirian DAP dalam isu berkenaan sentiasa konsisten, iaitu "tidak bersetuju atas prinsip ia tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan" serta tidak pratikal dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia.

"Pendirian inilah yang kami pegang selama kami bekerjasama dengan PAS dalam Pakatan Rakyat dari 2008 sehingga 2015.

"Dalam hujah kami yang tidak bersetuju dengan PAS dalam isu hudud selama ini, pemimpin DAP tidak pernah memperlekehkan undang-undang syariah mahupun memusuhi masyarakat Islam. DAP tidak pernah anti-Islam," katanya.

Loke juga berkata, semasa era Pakatan Rakyat wujud, pemimpin DAP banyak mempertahankan PAS di kalangan masyarakat bukan Islam daripada serangan parti komponen BN yang sentiasa memperlekehkan undang-undang syariah, terutamanya di kalangan pemimpin MCA.

"Malah sehingga hari ini, MCA sentiasa menyalahkan DAP sebagai parti yang memperkuatkan PAS dalam pilihan raya umum ke-13 sehingga Umno tidak berani menghalang PAS untuk melaksanakan Hudud.

"Justeru, kenyataan Abdul Hadi mempertahankan parti komponen BN seperti MCA, MIC dan Gerakan dan menuduh DAP sebagai tidak beradab dan memusuhi Islam amatlah dikesali dan tidak adil sama sekali.

"Apakah ini sebahagian daripada syarat Umno membenarkan beliau membentangkan usul rang undang-undang persendirian di parlimen dan membantu Umno menentang DAP?" tanya Loke.

Hadi puji MCA dan MIC, kecam DAP

Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan rasa kecewanya terhadap DAP apabila parti itu bertindak mengkritik rang undang-undang persendirian yang dibentangkannya di Dewan Rakyat, pada Khamis.

Sebaliknya, Abdul Hadi yang juga anggota parlimen Marang itu mendakwa MCA dan MIC - dua parti komponen BN yang didominasi bukan Islam - lebih faham akan undang-undang tersebut.

Ini kerana, tegas presiden PAS itu apa yang dibentangkannya bukan undang-undang hudud tetapi pindaan yang menjurus ke arah pemerkasaan sistem hukuman yang tertakluk di bawah Mahkamah Syariah Kelantan.

"Sepatutnya orang bukan Islam tidak campur tangan dalam urusan (rang undang-undang) ini. Saya lihat MIC dan MCA lebih faham dan DAP pula tidak faham, ia sangat mendukacitakan. AMANAH (Parti Amanah Negara) yang ditubuh dengan begitu rupa tidak tahu sempadan orang Islam.

"Ini bukan permainan politik, ini tanggungjawab agama," kata Hadi dalam sidang media selepas mengumumkan calon pilihan raya kecil Sungai Besar di Markaz PAS Simpang 5, Sungai Besar, Selangor, malam tadi.

Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas apakah PAS akan menggunakan isu rang undang-undang dibawanya ke Parlimen sebagai kempen untuk memenangkan parti berkenaan itu.

Rang undang-undang persendirian Hadi bertujuan untuk meminda Akta 355 mengenai bidang kuasa Mahkamah Syariah Kelantan.

Dalam satu langkah yang luar biasa di Parlimen kelmarin, kerajaan mempercepatkan usul rang undang-undang itu walaupun ia disenaraikan sebagai perkara terakhir di atas kertas aturan Dewan Rakyat.

Hebat sungguh rakyat Malaysia.. Polis Australia tangkap bawa dadah RM588 juta

drug_australia_600_1
SYDNEY: Enam rakyat Malaysia antara yang ditahan polis Australia kerana disyaki membawa masuk 200 kg dadah jenis methamphetamine atau syabu yang dianggarkan bernilai RM588 juta.

Dalam satu kenyataan semalam, polis Australia menahan 14 individu termasuk enam rakyat Malaysia dan lapan warga China.

Kosmo melaporkan, sebuah pasukan khas membanteras jenayah terancang ditubuhkan bagi melakukan siasatan selepas polis Australia menahan sebuah kapal nelayan komersial yang membawa lapan rakyat China itu kira-kira 185 km dari perairan Australia Barat.

Kapal nelayan itu ditahan awal Mei lalu kerana kelihatan mencurigakan namun, tiada dadah ditemui di dalam kapal tersebut.

Polis berkata, siasatan lanjut kemudian membawa kepada penangkapan enam rakyat Malaysia dalam dua serbuan berasingan di ibu negeri Australia Barat, Perth, lapor Kosmo.

Pihak berkuasa turut merampas 200 kg dadah itu yang dianggarkan bernilai A$200 juta (RM588 juta).

Apabila pengarah pendidikan negeri otak macam budak 'tadika'...

Latihan tepuk tangan bukan arahan kementerian

P Kamalanathan
SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan tidak mengeluarkan sebarang arahan supaya guru dan pelajar di Terengganu melakukan latihan tepuk tangan, kata Timbalan Menterinya, Datuk P Kamalanathan.

Beliau berkata, sebaliknya arahan berkenaan dikeluarkan oleh Pengarah Pendidikan Negeri.

"Kementerian Pendidikan tidak mengeluarkan arahan (berlatih tepuk tangan) sedemikian kerana ia bukan satu keperluan. Pandangan saya ia adalah arahan peribadi pengarah pendidikan negeri sendiri.

"Bertepuk tangan adalah hak peribadi individu yang hadir dalam sesuatu majlis dan perkara ini tidak perlu diperbesarkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan logo baharu 'Dengue Patrol 2016' di Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman dan Pengarah Urusan Sanofi Pasteur Malaysia, Singapura dan Brunei, Baptiste de Clarens.

Kamalanathan berkata demikian ketika mengulas mengenai rakaman video yang tersebar di laman sosial menunjukkan guru dan pelajar di sebuah sekolah di Terengganu menjalani latihan tepuk tangan.

'Saya boleh lepaskan Adun Salor, tapi…'

'Saya boleh lepaskan Adun Salor, tapi…'

KOTA BHARU - Datuk Husam Musa menegaskan beliau sedia melepaskan jawatan Adun Salor dengan syarat Pas membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian bagi membenarkan wakil rakyat yang meletak jawatan boleh bertanding semula.

Beliau turut mendakwa, tindakan Pas ‘mendera’ beliau apabila meminta melepaskan jawatan Adun Salor selepas baru sahaja memecat daripada ahli Pas.

“Pada saya ini adalah penderaan berkali-kali, kamu sudah dera dan pecat, mungkin ada motif politik pecat saya, dan kemudian bila saya dipecat saya kena letak jawatan tak boleh bertanding,

“Jadi Pas telah mendera saya sebanyak dua kali, saya bersedia letak jawatan tapi kalau saya letak jawatan tak boleh bertanding macam mana saya nak lawan,” katanya dalam sidang medianya, hari ini.

JPJ keluar notis kes guna lorong kecemasan

JPJ
MELAKA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mula mengeluarkan notis temusiasat kepada pemilik kenderaan yang dikesan menggunakan lorong kecemasan di KM228 Lebuhraya Utara-Selatan di sini, Ahad lepas.

Pengarah JPJ Melaka Mohd Fadhil Hassan berkata pemilik kenderaan yang menerima notis itu mempunyai masa dua minggu untuk hadir ke pejabat JPJ untuk siasatan lanjut.

"Jika pemilik tidak memandu kenderaan itu pada masa tersebut dia perlu memaklumkan (kepada JPJ) siapa yang memandu pada masa itu.

"Sekiranya ingkar (hadir ke JPJ) kita akan keluarkan saman ingkar patuhi notis tersebut," katanya kepada pemberita selepas Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob bagi penggal keempat di sini hari ini.

Polis akan panggil Adun dakwaan kes pukul

PDRM

ALOR SETAR - Polis Kedah akan memanggil seorang Adun negeri ini bagi memberi keterangan berhubung dakwaan memukul seorang lelaki pada 15 Mei lepas yang kini menjadi viral di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata pihaknya telah memanggil pengadu awal pagi tadi, yang mendakwa dipukul oleh beberapa individu termasuk Adun itu di hadapan sebuah kompleks membeli-belah Aman Central di sini.

Beliau berkata, pihaknya belum mengenal pasti suspek yang dipercayai memukul pengadu yang dikenali sebagai Alif Adam, sama ada Adun berkenaan atau individu lain.

"Kami tidak tahu siapa dalam video yang memukul pengadu dan kami sedang siasat kes tersebut. Kami telah menghubungi Adun berkenaan dan mungkin beliau beri kenyataan berhubung kes itu esok," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Katanya pengadu membuat laporan polis pada hari kejadian dan tidak mengenali Adun itu sehingga kes tersebut menjadi viral dalam laman sosial Facebook.

Friday, May 27, 2016

Teka-teki HUDUD dan PINDAAN AKTA 355 - Najib Sendiri Kata Tiada Hudud Di Malaysia

Teka-teki Hudud
 
Secara tiba-tiba usul Hadi Awang untuk meminda Akta 355, Akta Mahkamah Syariah yang gagal dilakukannya sebanyak empat kali sebelum ini iaitu sejak 1995, diluluskan oleh kerajaan untuk dibentangkan pada hari terakhir persidangan Parlimen, hari ini.

Usul Pas ini, jika diluluskan akan membolehkan Mahkamah Syariah di Kelantan menggunakan undang-undang syariah seperti yang ditetapkan oleh Enakmen Kanun Jenayah Syariah (11) Kelantan dan seterusnya memberi laluan kepada perlaksanaan hukum hudud di negeri tersebut.

Bagaimanapun, sebaik diberi kelulusan untuk membentangkan usul tersebut, Hadi Awang memohon ia ditanggungkan sehingga ke sesi Parlimen pada 17 Oktober depan.

Mengapa kerajaan tiba-tiba memberi kebenaran dan mengapa pula Hadi Awang menangguhkannya?

Sambil mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan pembentangan usul itu, Hadi Awang memberi alasan beliau menangguhkannya disebabkan kekangan masa berikutan hari ini adalah hari terakhir sesi Parlimen kali ini.

Kemenangan di 2 PRK akan dorong NAJIB adakan pilihanraya secara mengejut

KEMENANGAN DI SUNGAI BESAR, KUALA KANGSAR AKAN DORONG NAJIB ADAKAN PILIHANRAYA SECARA MENGEJUT
oleh Shahbudin Husin, 


Apakah pentingnya keputusan pilihanraya kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kepada masa depan Najib Razak?

Di sebalik hakikat bahawa kedudukan kerajaan Pusat tidak tergugat dengan kekalahan BN di kedua-dua kerusi tersebut, namun pentingnya keputusan di dua pilihanraya itu kerana ia adalah gambaran mesej penolakan atau penerimaan terhadap kepimpinan Najib yang semakin terbelit dengan banyak isu kebelakangan ini.

Meskipun pertandingan tiga penjuru semakin sukar dielakkan kerana Pas sudah menutup pintu rundingan dengan PKR dan dalam masa yang sama Hadi Awang sudah pun diberikan "hadiah" berupa kebenaran membentangkan usul persendirian berkaitan hudud di Parlimen, tetapi sebagaimana yang kerap disebut oleh Tun Mahathir Mohamad bahawa siapa juga calon yang menentang BN, mereka bukan lagi mewakili pembangkang, sebaliknya adalah mewakili rakyat.

Ini bermakna, dalam pertandingan tiga penjuru nanti, calon Pakatan Harapan adalah mewakili rakyat, manakala calon BN adalah mewakili masa depan Najib.

Calon Pas pula, walaupun berkedudukan sebagai pembangkang, tetapi akan dikenali sebagai pro Najib dan memusuhi Pakatan Harapan.

Najib beri penerangan pada Rakan BN bahawa Hadi bukan bawa "HUDUD"

Salah faham besar rakan BN berhubung RUU hudud, kata PM


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengakui terdapat "salah faham" di kalangan parti-parti komponen BN mengenai rang undang-undang ahli persendirian yang dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat, semalam.

Katanya, apa yang dibentangkan bukan undang-undang hudud tetapi pindaan yang menjurus ke arah pemerkasaan sistem hukuman yang tertakluk di bawah Mahkamah Syariah.

“Kita dah bagi tahu kepada rakan kita di BN, pertama ada salah faham yang besar bahawa apabila Hadi bawa rang undang-udang persendirian itu, mereka pandang bahawa dia bawa undang-undang hudud.

“Label dan kaitan dengan Hadi terlalu rapat dengan soal hudud... jadi bila dia bangkit je orang ingat automatik hudud,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno.

Rang undang-undang persendirian Hadi bertujuan untuk meminda Akta 355 mengenai bidang kuasa Mahkamah Syariah.

AMANAH mulakan proses mahu saman BH


Parti Amanah Negara (AMANAH) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Berita Harian kerana didakwa menyalah lapor pendirian parti tersebut terhadap usul rang undang-undang persendirian berkaitan Akta 355 Mahkamah Syariah Kelantan semalam.

Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad berkata beliau sudah menghubungi peguam dan mengarahkannya mengeluarkan surat tuntutan ke atas penerbit akhbar berkenaan.

"AMANAH akan gunakan surat tuntutan itu untuk minta mereka memohon maaf kepada saya dan AMANAH di muka hadapan, sama seperti yang mereka buat hari ini. Atau (jika gagal) mereka akan disaman," katanya.

Khalid berkata demikian pada sidang media di Shah Alam hari ini.

Tambah anggota parlimen Shah Alam itu, pihaknya akan menghantar surat tuntutan tersebut selewat-lewatnya Selasa depan.

Muka depan Berita Harian hari ini menyiarkan laporan: "Kerajaan beri PAS laluan; DAP, AMANAH bantah" bagi berita usul dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang di parlimen semalam.

Teori taawun pemuda Pas separuh belut separuh ular?

SINGGUNGAN


Sebuah portal berita melaporkan Ketua Pemuda Pas mengesahkan yang RUU persendirian yang dibawa oleh presiden Pas untuk meminda Akta 355, diterima oleh Parlimen semalam akan digunakan sebagai modal kempen dalam dua pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Modal itu akan digunakan oleh Pas dan juga Umno.

Ketua Pemuda itu yang juga ahli Parlimen Pasir Mas, mengesahkan "kejayaan" usul berkenaan dibaca untuk kali pertama di Parlimen adalah hasil kerjasama erat antara Pas dengan Umno.

Usul berkenaan sebagai perca tanda terasminya "taawun" di antara Pas dengan Umno dalam hal-hal berkepentingan bersama khasnya agama. Kejayaan atau bentuk taawun itu bagaimana pun kalau mengikut dakwaan oleh beberapa pemimpin Pas ia tidak akan membawa kepada kerjasama politik. Ertinya Pas dan Umno tidak akan berkolaborasi dalam pilihan raya.

Mereka hanya setakat duduk sepentas dan berbaju sedondon sahaja tetapi tidak akan masuk ke dalam kamar tidur. Walaupun ada pihak meramalkan kerjasama itu akan "mendalam", hingga ke peringkat politik semisalnya membahagikan kerusi, tetapi ada pengikut Pas yang keras menafikan malahan beranggapan ramalan berdasarkan senario itu sebagai fitnah. Orang cuba membuat spekulasi itu dianggap sebagai jahat dan khianat.

GKCM dakwa Chegubard telah ‘dibeli’ Najib

PETALING JAYA: Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) menyelar tindakan Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin (Chegubard) yang mendakwa sejuta tandatangan dalam Deklarasi Rakyat adalah palsu.

Presiden GKCM, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata, Badrul Hisham kini lebih bersifat sebagai seorang ‘askar upahan’ yang sedang mencari makan, dan tidak mempunyai hujah berkualiti.

“Kini beliau menjual fitnah bersama seorang rakan dengan mengatakan bahawa terdapat unsur tandatangan palsu dalam Deklarasi Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kamarul turut mendakwa Badrul Hisham atau Chegubard sudah ‘dibeli’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Chegubard mungkin merasakan bahawa bergelumang dalam lumpur dengan Najib Razak adalah sesuatu yang menyeronokkan kerana ia mendatangkan pulangan kerana ada manusia yang boleh bernafas dalam lumpur.

“Adalah amat malang dalam usaha menyelamatkan UMNO daripada pemimpin yang tidak berintegriti, UMNO menggunakan pencari makan daripada parti lain untuk menyelamatkan beliau,” jelas beliau lagi.

Semalam, Chegubard telah membawa seorang lelaki Azharuddin Othman @ Abdullah yang mendakwa telah menjual pangkalan data yang mengandungi 900,000 nama dan nombor kad pengenalan untuk Deklarasi Rakyat kepada seorang wanita.

Azharuddin mendakwa wanita itu menawarkan RM5,000 untuk maklumat daripada pangkalan data tersebut dan memberitahu bahawa penggerak Deklarasi Rakyat, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mahu namanya dilibatkan dalam projek itu.

Wanita yang dinamakan dalam dakwaan itu sekeras-kerasnya menafikan tuduhan berkenaan, malah menjelaskan tidak mengenali lelaki berkenaan.

Saman fitnah: Mahkamah tolak permohonan Najib

Najib

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan penggantungan bagi memfailkan pembelaan dalam kes saman fitnah berhubung dakwaan salah guna laku dalam jawatan awam berkaitan siasatan kes 1 Malaysia Developement Berhad (1MDB) dan dana 2.6 billion.

Saman itu difailkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, Bekas Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas ahli Umno Langkawi, Anina Saadudin.

Hakim Mahkamah Tinggi Abu Bakar Jais membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan Tan Sri Cecil Abraham yang mewakili Perdana Menteri dan Mohamad Haniff Khatri Abdulla yang mewakili kesemua responden.

Abu Bakar bagaimanapun memberikan lanjutan seminggu dan mengarahkan Najib menfailkan pembelaan saman itu pada 9 Jun ini.

Nik Abduh - RUU Persendirian bukti kerjasama Umno-Pas

Nik Mohd Abduh
KUALA LUMPUR - Tindakan kerajaan yang memberi laluan kepada Rang Undang-undang (RUU) Persendirian pindaan kuasa Mahkamah Syariah dibentangkan ke Dewan Rakyat merupakan bentuk kerjasama yang dinantikan oleh Pas.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, kerjasama itu demi kebaikan dan kepentingan bersama sangat dialu-alukan Pas meskipun ia datang daripada parti pembangkang yang lain.

"Inilah contoh kerjasama yang Pas maksudkan, kita berterima kasih kepada speaker, dan pihak kerajaan, yang berani untuk kali pertama membenarkan usul pindaan persendirian ini dibentangkan.

"Cuma ada orang lihat semua kerjasama dengan kerajaan itu tak boleh. Walaupun tak bersama dengan kita, tapi yang baik daripada Pakatan Harapan, adalah sama seperti kita," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Bila AJK masjid tiba-tiba jadi tok imam

Tan Sri Adam Kadir


SHAH ALAM – Bekas Speaker Dewan Negara, Tan Sri Adam Kadir sempat berkias senario hari ini berkaitan penyelewengan hingga situasi itu diibaratkan ‘ahli jawatankuasa masjid yang tiba-tiba menjadi pak imam’.

Tanpa mendedahkan mana-mana pihak, beliau mendakwa ada penyangak yang membuat kesalahan melibatkan wang namun dimaafkan malah diangkat kedudukannya oleh pihak atasan.

Malah katanya, individu itu terus diangkat dan diberi kedudukan hingga mampu mengawal dunia korporat di negara ini.

"Lagi satu sekarang ini yang kita nak tahu, ada 'kuasa' yang salah guna kuasa. Melibatkan tindakan seorang penyangak mata wang. Ada yang kata RM2 bilion, RM5 bilion, RM7 bilion tapi saya dapat daripada mulut kuda (horses mouth) seorang menteri kanan yang dipinjamkan kepada Kementerian Kewangan, jumlahnya RM22 bilion.

“Tapi OK. Mungkin orang atas menggunakan kuasanya untuk memaafkannya. Tetapi setelah menggunakan kuasa memaafkan, jangan pula menggunakan kuasa seolah-olah menganugerahkannya lagi... daripada membuat satu kesilapan kewangan besar, kita letak di puncak sistem kewangan. Ini satu perkara yang tidak logik.

Sungai Petani - Empat rakan dituduh rompak, samun bersenjata

Empat rakan dituduh rompak, samun bersenjata


SUNGAI PETANI - Empat rakan dihadapkan ke Mahkamah Sungai Petani, di sini, atas tuduhan merompak dan samun bersenjata di sekitar Sungai Petani, di sini, hari ini.

Dua daripada empat rakan didakwa Mahkamah Sesyen Sungai Petani atas tuduhan bersama melakukan rompakan di hadapan hakim, Saiful Bahari Adzmi.

Mengikut pertuduhan, dua remaja lelaki berusia 18 tahun dituduh melakukan rompakan ke atas harta milikan Hock Lian Eng, 45.

Kedua mereka dituduh melakukan kesalahan yang sama di sekitar kawasan Kenari Jaya 1, di sini, kira-kira jam 6.30 pagi, 21 April lalu mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, kedua remaja itu akan berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Geetha Jora Singh tidak menawarkan jaminan kepada dua remaja berkenaan sejurus pengakuan tidak bersalah oleh tertuduh.

Aloe Setar - Khemah di tapak program rosak akibat ribut

Khemah di tapak program rosak akibat ribut


ALOR SETAR - Beberapa buah khemah di tapak Program Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Peringkat Negeri Kedah (HPPNK) 2016 di Dataran Jubli Emas, rosak teruk termasuk sebahagian diterbangkan angin kuat, dalam kejadian ribut sekitar 6.00 petang tadi.

Exco Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk HPPNK 2016, Datuk Suraya Yaacob berkata, walaupun mengalami kerosakan teruk, namun pihaknya bersyukur tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian hampir sejam itu.

"Pihak kerajaan selaku penganjur sedang mentaksirkan jumlah kerugian dan jumlah khemah terlibat. Pameran veterinar di kawasan ternakan ditutup serta merta kerana terjejas teruk," katanya.

Menurutnya, pameran lain akan beroperasi seperti biasa mulai jam 10.00 pagi esok.

"Pameran pada malam ini ditutup serta merta bagi memberi laluan pihak berwajib menjalankan siasatan dan bekalan elektrik juga diputuskan serta-merta atas sebab-sebab keselamatan," katanya.

Suraya berkata, ,kerosakan akan dibaiki segera sepanjang malam ini bagi membolehkan pameran dapat diteruskan esok.

Thursday, May 26, 2016

Adakah anda juga akan jual undi? Katakan RM48,000?


Seorang petugas kempen PKR merayu supaya difahami realiti kehidupan rakyat pendalaman Sarawak di tengah-tengah kritikan yang dilemparkan terhadap mereka berhubung isu politik wang.

Leon Lee, memberitahu satu forum di Kuala Lumpur mengenai pilihan raya negeri (PRN) Sarawak malam tadi bahawa beliau terkejut dengan respons media sosial dari Semenanjung Malaysia selepas PRN 7 Mei lalu.

Lee berkata, antaranya kritikan kerana dikatakan menjual undi mereka untuk RM300, manakala yang lain secara tersirat berkata mereka layak mendapat kerajaan yang korup kerana terlibat dalam politik wang.

"Kadang-kadang kita perlu memahami apa yang rakyat Sarawak hadapi - realiti yang membebankan, kesukaran hidup yang mereka hadapi dari hari ke hari.

"Hanya apabila kita faham, maka kita mempunyai peluang untuk menang. Jika kita terus menghentam dan memanggil mereka 'bodoh'; setiap kali mereka tidak mengundi anda, anda tidak kenal pasti puncanya dan anda tidak akan menang," katanya.

Apabila Mahathir istihar nak kempen sokong PAKATAN HARAPAN di 2 PRK, terus buat pimpinan BN meroyan

MANA SATU YANG BETUL?

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/05/khairy-mahathir-sungai-besar-kuala-kangsar.jpg
 
Betulkah tak beri kesan, bro?
 

Benarkah juga sokongan kepada BN tak berubah, walau dengan kehadiran Tun Mahathir berkempen untuk calon Pakatan Harapan?
 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...