TERKINI :

Tuesday, April 5, 2016

Yapeim susut duit sumbangan sebanyak RM580,897 selepas isu panas tahun lepas

'Fitnah antara sebab 32,934 penderma Yapeim tarik diri'



Persepsi negatif dan fitnah adalah antara sebab seramai 32,934 penderma membatalkan sumbangan mereka kepada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) dari 2015 sehingga Februari 2016.

Hasilnya, Yapeim mengalami kerugian sebanyak RM580,897, yang sebelum ini diperolehi melalui skim potongan bulanan.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam jawapan bertulis di Parlimen semalam.

Yapeim mencuri perhatian berikutan siri dakwaan penyalahgunaan derma didedahkan oleh Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) Akmal Nasir

Suami dan anak Timbalan Presiden Yapeim, Datuk Zaleha Hussin didakwa memegang beberapa jawatan di yayasan itu dan keluarganya memperoleh gaji bulanan RM81,700.

Jamil, yang juga menteri yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Islam, turut didakwa bermain golf dan membeli-belah di Amerika Syarikat menggunakan dana Yayasan Pembangunan Anak Yatim / Miskin (Pemangkin), berjumlah lebih RM400,000.

Selain persepsi negatif dan fitnah, Jamil memberi sebab-sebab lain penurunan sumbangan termasuk penderma yang telah bersara, meninggal dunia, sumbangan kepada institusi lain, dan kos sara hidup yang meningkat.

Walaupun jumlah derma berkurang, Jamil berkata yayasan itu masih mempunyai dana RM106,870.80.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...