TERKINI :

Saturday, April 23, 2016

Tunggu PRU14, NAJIB lemah maka kita boleh menang..??


DI DALAM menguruskan kerja untuk menjatuhkan Najib dan Umno, Keadilan mempunyai banyak pendapat dan pandangan yg lojik dan didokong ramai ahlinya. Kali ini aku mahu ulas tentang pendapat pertama, iaitu kita mesti jatuhkan Najib dan Umno dalam Praya dan biarkan Najib terus lemah sekarang untuk memudahkan kita melawannya di dlm PRU14 nanti. 

Pendapat ini kurang popular di dlm Keadilan dan mungkin agak popular di dalam Pas. Persoalannya, benarkah jika dibiarkan Najib sehingga PRU14 maka beliau dan partinya bertambah lemah? Najib memang lemah tapi orang yg zalim tidak bodoh untuk terus mengekalkan rejimnya. Dia akan terus mengukuhkan kuasa dan tajamkan taringnya utk melakukan lebih byk kezaliman lagi? Lihat, waktu terdekat YB Rafizi telah menjadi mangsa. 

Siapa selepas ini? Nurul Izzah, Mat Sabu, Guan Eng ? Selepas semua mereka itu nanti ditangkap dan mungkin terpenjara, bagaimana kita mahu hadapi PRU14 tanpa mereka? Kita telah pun kehilangan Anwar. Bukankah dia memiliki banyak dedak untuk ditaburkan di dalam tempuh dua tahun lagi? Apakah kita tidak yakin di dalam Umno masih ramai suka makan dedak? Salah satu sebab kita gagal jatuhkan Najib melalui Parlimen (undi tidak percaya), adalah kerana masalah dedak ini lah. 

Bukti lain, PRN Sarawak yang telah mula hangat dengan kempen, kita menyaksikan ramai pimpinan utama dari PH yang dilarang memasuki Sarawak. Rejim terus menggunakan kuku mereka. Kita harapkan rejim lemah untuk dua tahun lagi? Lebih dari itu, adakah sebagai sebuah parti yang konsisten melawan kezaliman dan membela nasib rakyat, Keadilan harus biarkan Najib zalim dan rakus seperti sekarang dan biarkan rakyat menanggung derita untuk dua tahun lagi? Demi mahu kuasa kononnya Umno akan lemah di bawah Najib, kita pertaruhkan air mata rakyat? Adakah Islam membenarkan kita melihat kezaliman yang berlaku di hadapan kita tanpa kita berbuat apa-apa? 

Kehilangan banyak wang rakyat di dalam skandal 1MDB, isu moral dan integriti pemimpin negara dipersoalkan oleh satu dunia di dalam skandal wang derma RM 2.6 Bilion, isu pembunuhan Altantuya dan banyak lagi skandal melibatkan institusi kerajaan, sudah cukup untuk kita berusaha menghentikan salahlaku pemimpin negara sekarang ini bukan menanti dan terus menanti. Memang benar, tiada pemimpin yang tidak melakukan kesilapan kerana pemimpin itu bukan Malaikat. Namun, kita harus bezakan di antara kesilapan, kelemahan dan penyelewengan serta kezaliman. 

Isu 1MDB dan tersoroknya laporan audit negara dari dibentangkan di dalam laporan PAC, itu bukan kelemahan tapi melibatkan integriti. Isu wang derma RM 2.6 Bilion juga bukan menunjukkan kelemahan tetapi melibatkan soal salahlaku, salahguna kuasa dan perlanggaran undang-undang. Isu Altantuya, ini kes jenayah yang gagal diselesaikan dengan persoalan yang masih tergantung " siapa arahkan Altantuya dibunuh dan kenapa?". 

Kita tidak sebut lagi soal pemimpin negara yang bermewah-mewah bersama isterinya. Kezaliman ke atas DS Anwar Ibrahim jelas menunjukkan rejim tidak gentar untuk melakukan yang lebih dahsyat lagi sekiranya dibenarkan terus berada di Putrajaya. Insitusi Peguam Negara, PDRM, SPRM, Bank Negara adalah di antara institusi yang semakin hancur dan reput di bawah rejim sekarang. Aku tidak mahu menunggu dua tahun lagi untuk Najib terus berada di Putaraja. 

Najib adalah mudharat yang paling besar sekarang. Jika Najib jatuh, kita mungkin ada pilihan lain dan paling tidak pun kita terpaksa terima mudharat yang lebih kecil. 

Buang mudharat besar, pilih mudharat kecil jika kita tidak mampu ubah semuanya. Jika tidak boleh buat semua, jangan tinggal semua. 

Dicatat oleh WFAUZDIN NS 

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...