TERKINI :

Monday, April 11, 2016

Tolak UMNO.. Tolak Deklarasi Rakyat Tapi Sokong PAS... Ehemm.. Ehemmm..!!

Shahbudin Husin,

Ini barangkali pendirian terbaru Ibrahim Ali dan NGO Perkasa yang dipimpinnya sekarang.

Berucap di perhimpunan anti DLP di Tasik Titiwangsa semalam, Ibrahim Ali berkata, "kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan yang gagal. Sudah gagal dalam segala-galanya, gagal mementingkan citarasa majoriti penduduk, kaum Bumiputera khususnya Melayu muslim.

"Kita secara jelas menolak kerajaan yang ada hari ini. Saya yakin masa depan orang Melayu Bumiputera bukan lagi terletak pada UMNO, tetapi pada Pas."

Namun, dalam masa yang sama Ibrahim Ali juga menolak untuk menandatangani Deklarasi Rakyat yang digerakkan oleh Tun Mahathir Mohamad bersama parti-parti pembangkang.

Bermakna, sementara menolak UMNO dan tidak mempercayai lagi kerajaan yang ada hari ini, Ibrahim Ali juga menolak untuk bersama dengan gerakan menjatuhkan Najib Razak.

Sebaliknya yang disokong dan dipercayai oleh Ibrahim Ali ialah Pas.
Kenapa Pas jadi pilihannya?

Apakah beliau tidak sedar Pas juga mungkin akan bekerjasama dengan UMNO berdasarkan kecenderungan Hadi Awang dan Harun Din semenjak dua menjak ini?

Atau mungkinkah semua itu merupakan tanda-tanda awal Ibrahim Ali sekali lagi bakal bertanding atas tiket Pas dalam pilihanraya akan datang nanti? (SH 10/04/2016).

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...