TERKINI :

Saturday, April 30, 2016

Terbaik dari PAS dimana mereka beri peluang BN selesai isu sehingga PRU14

KUALA TERENGGANU: PAS tidak akan mengambil kesempatan dalam kemelut yang berlaku di negeri itu, sebaliknya memilih memberi peluang kepada kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Terengganu menyelesaikan isu kepimpinan yang berlaku hingga penggal PRU14.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, PAS juga tidak akan mencampuri urusan UMNO berhubung pertukaran Menteri Besar ekoran Ahmad Razaif Abd Rahmad dilucutkan darjah kebesaran oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

“Beri peluang kepada mereka (UMNO-BN) sehingga habis penggal (PRU14), biar mereka selesaikan isu yang berlaku,”katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam Amal Media malam tadi.

Katanya, tempoh Barisan Nasional menyelesaikan kemelut yang berlaku juga akan memberi peluang kepada rakyat untuk menilai parti yang layak mentadbir tanpa berdepan krisis.

“Rakyat perlu menilai perbezaan di antara sepenggal PAS memerintah Terengganu sebelum ini (pada tahun 1999-2004) dengan berapa penggal BN memerintah (dan terpalit pelbagai isu),” katanya.

Kemelut pentadbiran Kerajaan Terengganu kembali hangat apabila bekas Menteri Besar Datuk Ahmad Said membuat usul tidak percaya terhadap Ahmad Razif pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) lepas.

Ia berlarutan apabila Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Ahmad Razif berkuat kuasa 22 April lalu.

Berikutan itu, spekulasi Menteri Besar akan ditukar bertiup kencang dengan beberapa nama calon pengganti turut tersebar luas di laman sosial sementara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadap Sultan Terengganu.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...