TERKINI :

Wednesday, April 6, 2016

Tangkapan RAFIZI adalah berdasarkan Undang-Undang yang diluluskan dalam parlimen

TANGKAP RAFIZI IKUT UNDANG2
( kecuali cara penahanan seperti Rafizi penjenayah)


BERITA penangkapan Rafizi tidak salah dari segi undang-undang dan undang-undang telah menentukan begitu, maka kena akur.

Hakikat yang jelas POLIS juga tidak salah kerana polis melaksanakan undang-undang yang diluluskan dan demikian juga RAFIZI sebenarnya tidak salah, cuma cara polis melayan Rafizi tak sepatut begitu kala Rafizi bukan penjenayah, perampok atau pembunuh yang bahaya.

Siapa yang salah kalau demikian?

Pencipta undang-undang terdiri kalangan 222 YB di Parlimen dan jika sesuatu undang-undang baru itu diluluskan oleh 2/3 ahli parlimen, maka ia tetap jadi undang-undang yang diwartakan dan kemudian pelaksanaannya terserah yang melaksanakan undang-undang itu termasuk hakim2 dan juga polis yang diamanahkan.

Yang harus disalahkan ialah mereka yang meluluskan undang2 itu dan tentu saja mereka yang terdiri dari YB2 Barisan Nasional dan undang-undang itu dinamakan akta OSA yang boleh menangkap mereka yang menyebar bahan2 yang dianggap/takrif SULIT ikut akta OSA itu sendiri.

Seperti yang saya jelaskan RAFIZI telah menyiarkan bahan2 yang dimaksudkan terkait dana terkeluar RM288 juta tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB maka di situ Rafizi terkena dan Rafizi sendiri memang tahu hal ini, tetapi kesan penyebaran itu tentu dia tak menyesal sebab yang diperjuangkannya ialah kepentingan rakyat Malaysia.



Jelas kesan pembongkaran itu dana 1MDB diselewengkan cara tidak benar dan pasti lagi banyak penyelewengan dilakukan, cuma hanya seorang RAFIZI sahaja yang berani meski ia tahu akta OSA itu bakal menghantarnya ke penjara.

Seorang pejuang sejati akan terus berani memperkatakan yang benar dan hanya pejuang bacul sahaja akan mendiamkan diri dan terus mempertahankan pencuri dan perampok khazanah negara bangsa.

Kalau kamu faham maskud saya ini pasti tahu dan lebih mengerti keadaan sebenarnya yang berlaku di Malaysia undang-undangnya bukan kepentingan rakyat ramai sebalik mahu sembunyikan perbuatan bobrok kepimpinan negara.

Demikian yang sebenarnya.

ISMAILY BUNGSU
Sabah
6 april, 2016
7:26am

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...