TERKINI :

Monday, April 11, 2016

Tangkap Tun M & Najib untuk di sumbat dalam Penjara supaya mereka bertemu Anwar Ibrahim disana

TANGKAP MAHATHIR DAN NAJIB UNTUK BERUNDING DENGAN ANWAR IBRAHIM
ZAHID HAMIDI LAYAK JADI PERDANA MENTERI


Kelab Veteran UMNO mahu tindakan diambil terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir di bawah Akta Hasutan kerana mahu campur tangan asing dalam pemerintahan negara ini.

Kata Setiausaha kelab tersebut Mustapha Yaacub, Tun telah jadi melampau kerana gagal menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib.

Bagaimana pula pandangan kelab ini bila UMNO menerima sumbangan asing sebesar RM2.6 billion untuk digunakan dengan bebas oleh Najib.

Tidakkah terfikir bahawa sumbangan ini juga membuka ruang campur tangan asing dalam menentukan dasar dalam dan luar negara ini.

Bagaimana jika " Bahlol" mengimbangi desakan ini dengan tindakan kepada kedua-duanya sekali kerana menghilangkan kredibiliti kepimpinan negara dan kepercayaan rakyat kepada kerajaan. 

Tangkap kedua-dua sekali supaya mereka dapat bertemu dengan Anwar Ibrahim di dalam dan berbincang cara paling baik untuk memulihkan kestabilan negara.

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi layak untuk menggantikan Perdana Menteri kerana kata orang jika Ghafar Baba jadi Perdana Menteri pun maruah negara tidak jatuh hingga ke taraf sekarang.

Tapi silap Mahathir lebih percaya pada Anwar Ibrahim dan berpura-pura berkecuali dalam usaha penyingkiran Ghafar. Daim juga sokong usaha ini.

zainudin maidin

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...