TERKINI :

Sunday, April 17, 2016

Sudah SELESAI atau BELUM isu RM2.6bilion nie..???

Shahbudin Husin,

Kata Khairy Jamaluddin, berikutan kenyataan Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al Jubeir yang mengatakan wang RM2,600 juta yang diterima Najib Razak adalah sumbangan yang datangnya daripada negara tersebut dan diberi tanpa mengharapkan apa-apa balasan, isu itu kini dianggap sudah selesai.

Ada sesiapa yang setuju kita perlu tutup buku dengan isu itu?

Ada sesiapa betul-betul percaya wang yang diterima Najib itu benar-benar sebagai derma?
 
Berapa ramai pula yang setuju perlunya Tun Mahathir  meminta maaf kepada Najib semata-mata kerana kenyataan Adel Al Jubeir itu sebagaimana gesaan Salleh Said Keruak kali ini?

Kalau Tun Mahathir perlu meminta maaf, pastilah semua yang lain, termasuk blog ini dan pembacanya yang sebahagian besarnya turut meragui sumbangan itu perlu juga meminta maaf kepada Najib.

Ada sesiapa setuju perlunya kita semua pergi meminta maaf kepada Najib?
Yang paling penting sekali, berikutan pengakuan Adel Al Jubeir dan kenyataan KJ yang mengatakan isu tersebut sudah selesai,  setuju atau tidak bahawa Najib perlu segera mengambil tindakan mahkamah terhadap WSJ? (SH 16/04/2016).

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...