TERKINI :

Saturday, April 2, 2016

Setahun GST: Ribuan menuju Dataran Merdeka bantah cukai ‘keparat’.

KUALA LUMPUR: Terik El Nino tidak menghalang ribuan turun ke jalanraya sempena setahun perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Kira-kira 400 penunjuk perasaan berhimpun Kompleks Beli-Belah Sogo, 300 di Kampung Baru dan 300 lagi di Jalan Sultan berkumpul seawal jam 12 tengah hari dan mula berarak merentasi ibu kota menuju Dataran Merdeka secara berperingkat sekitar 2.15 petang.

“Genap setahun rakyat malaysia dikenakan GST,” kata pemimpin PKR, Tian Chua di Pasar Seni; “Rakyat sudah bosan dengan tekanan.”

“Ini bukan masa untuk berhujah, sebaliknya bertindak tegas dan memastikan bawa impak besar. Ini semua berpunca daripada Perdana Menteri dan menuntut beliau berundur. Kami mahu perubahan berlaku serta-merta.”

Laungan “Mansuh GST” dan “Undur Najib” berselang-seli sepanjang perjalanan dari checkpoint masing-masing, dan kumpulan paling hadapan dari Pasar Seni telah memenuhi jalan hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad menanti kedatangan kumpulan daripada tempat lain.

Setakat berita ini ditulis jam 3.13 petang, angka di barisan hadapan dianggarkan mencecah 3000 orang.

“Kalau kata panas (cuaca), kita hati lagi panas,” kata Izzah dari atas sebuah pentas yang didirikan di atas sebuah lori berhampiran Dataran Merdeka.

“Dia (merujuk seseorang berkaitan BN) sibuk beli-belah di Hawaii, tapi kita pulak dicukai habis-habisan. Tunggu tahun depan, diakan naikkan lagi cukai GST.”

Semua jalan menuju ke Dataran telah ditutup pihak berkuasa, dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) kelihatan dikerahkan hanya di beberapa kawasan. Ambulan turut kelihatan di beberapa tempat. FMT

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...