TERKINI :

Sunday, April 3, 2016

Saya bukan itik, tak makan dedak - Ku Li


Pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau memberi sokongan kepada Datuk Seri Najib Razak selaku ahli Umno dan perdana menteri itu masih menjadi presiden parti.

Katanya, beliau berbeza dengan Tun Dr Mahathir Mohamad kerana bekas perdana menteri itu bukan lagi merupakan ahli Umno.

"Saya ahli Umno. Mahathir tidak ahli Umno. Saya sudah hampir 50 tahun jadi ahli Umno dan ketua Umno bahagian selama 40 tahun lebih. Jadi, apa sangat tandatangan (Deklarasi Kelantan) itu.

"Saya ahli Umno, saya mesti sokong presiden saya. Kalau saya tidak sokong presiden saya, kita tengoklah dalam perhimpunan agung apabila hendak memilih nanti," katanya dalam temubual bersama akhbar Mingguan Malaysia hari ini.

Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li itu berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakannya yang menandatangani Deklarasi Kelantan yang menyatakan sokongan penuh terhadap perdana menteri.

"Saya ahli Umno saya mesti sokong apa yang ada dalam Umno dan kebetulan Umno berkuasa, siapa yang jadi presiden dan perdana menteri, itulah orang kita," katanya lagi.

Selain itu, anggota parlimen Gua Musang itu turut menjelaskan bahawa beliau bukan 'itik' yang memakan dedak kerana masih lagi kekal di dalam Umno.

Beliau berpendapat tiada kepentingan untuk dirinya meninggalkan parti tersebut walaupun diasak oleh pelbagai pihak.

"Saya dicadang oleh banyak orang kenapa saya tidak tinggal Umno. Saya kata mengapa saya hendak tinggal Umno? Apa dosa saya terhadap Umno atau apa perkara yang Umno sudah buat yang menyinggung perasaan saya?

"Tidak dapat jawatan? Saya bukan hendak jawatan. Ada orang sebut kerana saya makan dedak. Saya pun tidak tahu. Saya bukan itik," jelasnya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...