TERKINI :

Monday, April 11, 2016

Pua : Kuasa besar bercakap melalui mulut bos PAC

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua hari ini percaya bahawa ada kuasa lebih besar yang mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin untuk menyerangnya.

Beliau memetik berita Bernama semalam yang melaporkan Hasan melabel Pua sebagai "oportunis politik" yang menjengkelkan kerana memburuk-burukan laporan jawatankuasa tersebut.

Laporan berita itu kemudiannya diperbetulkan.

Pua berkata Hasan juga meminta agar pembetulan dilakukan ke atas laporan tersebut bagi menunjukkan beliau tidak pernah menggelarkan sesiapa pun sedemikian.

“Dalam contoh sedemikian, saya percaya beliau berusaha keras untuk memaklumkan kepada semua anggota PAC berkenaan kesalahan laporan oleh Bernama, New Straits Times (NST) dan Utusan Malaysia.

“Nampaknya juga, seseorang telah mengarahkan pengerusi PAC untuk melaksanakan pembunuhan karektor," kata Pua dalam kenyataan, hari ini.

Penggubal undang-undang DAP itu dilaporkan sebagai berkata 80 peratus anggota PAC berpuas hati dengan laporan PAC tersebut, setelah mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak secara sebulat suara.

Laporan tersebut, antara lainnya, mencadangkan agar bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Halmi dipertanggungjawabkan atas segala kelemahan firma tersebut.

Turut dicadangkan ialah Artikel 117, Memorandum Pertubuhan (M&A) yang menghendaki perdana menteri untuk meluluskan keputusan-keputusan besar dihapuskan.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...