TERKINI :

Saturday, April 2, 2016

Presiden Afrika Selatan akui seleweng dana kerajaan

PETALING JAYA: Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma memohon maaf atas skandal berjuta-juta dolar dana kerajaan dan menyatakan akur dengan keputusan Mahkamah Perlembagaan yang mengarahkannya membayar balik sejumlah dana yang diseleweng itu.

Dalam ucapannya yang disiarkan secara langsung di saluran televisyen tempatan, Zuma berkata dia sepatutnya bertindak menggunakan cara yang berbeza dalam pertikaian mengenai perbelanjaan ke atas kediamannya yang mencetuskan dakwaan rasuah di peringkat tertinggi kerajaan.

“Perkara ini telah menyebabkan banyak kekecewaan dan kekeliruan justeru saya meminta maaf bagi pihak saya dan bagi pihak kerajaan,” kata Zuma.

Di sebalik permohonan maaf presiden, parti pembangkang utama negara itu berkata akan terus mencabar kebolehpercayaan Zuma selepas beliau melanggar perlembagaan dengan tidak mematuhi cadangan agensi pemantau negeri bahawa supaya membayar balik sebahagian daripada lebih daripada $20 juta yang dibelanjakan untuk kediamannya.

“Jacob Zuma adalah kanser kepada jantung politik Afrika Selatan,” kata pemimpin Parti Perikatan Demokratik, Mmusi Maimane dalam satu kenyataan.

Walau bagaimanapun, pemecatan Zuma memerlukan majoriti dua pertiga Parlimen dan parti Kongres Kebangsaan Afrika selaku parti pemerintah dikatakan mempunyai majoriti selesa dan pernah menolak usul tidak percaya terhadap Zuma baru-baru ini.

Mahkamah Perlembagaan dalam keputusan yang sama turut memutuskan bahawa Parlimen negara itu gagal menjalankan tanggungjawabnya berhubung skandal perbelanjaan oleh Zuma.

Di bawah peraturan mahkamah, perbendaharaan negara diarah mengira kos perbelanjaan kediaman Zuma dalam tempoh masa 60 hari, dan bayaran balik perlu dilakukan dalam tempoh 45 hari selepas itu.

Dalam skandal yang berasingan, Zuma juga dituduh mempunyai hubungan dengan keluarga perniagaan kaya yang merupakan rakan perniagaannya termasuk anak Zuma Duduzane, Guptas.

Bagaimanapun, Zuma menolak dakwaan bahawa Guptas memainkan peranan dalam pemilihan beberapa menteri Kabinet.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...