TERKINI :

Saturday, April 30, 2016

Polis tahan lelaki Abdul Rahman Abdullah hina Islam guna akaun lelaki india di Facebook

IPOH - Polis menahan seorang lelaki yang mengeluarkan komen menghina Islam menerusi akaun Facebooknya di Kamunting, Taiping kira-kira 90 kilometer dari sini, semalam. ‎

Suspek, Abdul Rahman Abdullah, 38, dari Kampung Station, Kuala Kangsar ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman kira-kira 10 pagi semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abd Rahim Hanafi berkata, polis turut merampas tiga telefon bimbit dan satu bag 'pouch' biru daripada suspek.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Pada Selasa, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengeluarkan arahan supaya suspek yang menggunakan nama 'Gunalan Muniandy' dikesan dan ditangkap dengan segera kerana mengeluarkan kenyataan yang biadap. - Bernama

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...