TERKINI :

Thursday, April 14, 2016

Pemberi maklumat tidak dilindungi jika dedah maklumat OSA

Akta Rahsia Rasmi (OSA) 
 
KUALA LUMPUR: Pemberi maklumat tidak akan dilindungi Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 jika mendedahkan maklumat yang dirahsiakan dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Peguam, Syahredzan Johan berkata Seksyen 6 daripada akta perlindungan tukang adu itu tidak menyatakan secara khusus pemberi maklumat dilindungi daripada OSA atau mana-mana undang-undang lain.

“Maksudnya, kalau maklumat ini dilindungi dan dilarang daripada dedahkan oleh undang-undang bertulis contohnya OSA, sekiranya pendedahan itu dibuat kepada pihak berkuasa, perlindungan kepada pemberi maklumat itu tidak boleh diberikan,” katanya dalam wacana ‘Pemberi Maklumat Wajib Dilindungi di Institut Integriti Malaysia (IIM), hari ini.

Syahredzan menyifatkan perkara dalam Seksyen 6 itu sebagai satu kelemahan yang menyebabkan akta tersebut tidak berkesan bagi penjawat awam yang peduli dan mahu bertindak keatas salah laku dalam kerajaan.

Hujah Syahredzan itu selanjutnya diperhalusi oleh Pegawai KPI kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low, Shuhairoz Mohamed Shukeri.

Meniti kekangan kerahsiaan itu, Shuhairoz menjelaskan pemberi maklumat tidak perlu mengambil dan membongkar dokumen yang dirahsiakan dibawah OSA atau mana-mana undang-undang lain.

Sebaliknya, cukup sekadar melaporkan kepada pihak bertanggungjawab bahawa majikan atau pegawai atasan mereka diketahui atau disyaki terlibat dalam salah laku.

“Mereka boleh melaporkan terdapat salah laku, tetapi bukannya membawa fail atau maklumat tersebut. Hal ini kerana, agensi penguatkuasa yang berhak untuk mengeledah dan menyiasat maklumat berkenaan,” ujarnya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi ditahan di bawah akta OSA kerana mendedahkan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (OSA) berkaitan 1MDB.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...