TERKINI :

Thursday, April 14, 2016

Pas jadi 'king maker', reda ketegangan politik negara

Tuan Ibrahim Tuan Man

KUALA KRAU – Pas kini menjadi ‘king maker’ dalam percaturan politik tanah air selepas kekalutan yang melanda semua parti politik di Malaysia ketika ini.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, disebabkan kekalutan itu tumpuan beralih kepada peranan Pas sebagai tunggak utama dalam blok bukan kerajaan.

Menurutnya, ketegasan Pas berpegang kepada prinsip Islam berjaya menarik sokongan kalangan rakyat untuk melihat Pas sebagai alternatif tatkala Umno bukan lagi menjadi parti harapan rakyat khususnya orang Melayu dan masyarakat Islam yang lain.

“Kejayaan Pas mengemukakan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) sedikit sebanyak meredakan ketegangan suhu politik negara serta tanggapan negatif masyarakat luar terhadap Pas,” katanya dalam Mesyuarat Agung Pas ke-30 di Kompleks Pas Pahang minggu lalu.

Beliau yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Krau berkata, anjakan paradigma tersebut diharap menambah sokongan golongan atas pagar dan ahli Umno agar kembali bersama memperjuangkan Islam sebagai wadah politik negara.

“Wujudnya parti serpihan Pas tidak melemahkan sokongan kepada parti, sebaliknya perlu dilihat sebagai satu cabaran bagi meneliti kelemahan dalaman.

“Jadi wajar diperkasakan usrah kepimpinan, tamrin di semua marhalah parti di samping lujnah tarbiyah dan dakwah juga perlu merangka program pengukuhan ukhuwah di kalangan pimpinan dan ahli,” katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...