TERKINI :

Friday, April 22, 2016

Muhyiddin, Shafie, Mukhriz tidak layak bertanding pada PRU14 atas tiket UMNO

umno 
 
KUALA LUMPUR: Pemimpin UMNO yang menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak layak mewakili parti itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Gesaan itu dibuat bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam yang dituju kepada Timbalan Presiden UMNO digantung parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Katanya, ketiga-tiga individu itu tidak layak membawa suara UMNO, kerana telah mengkhianati perjuangan parti dengan melemparkan pelbagai fitnah terhadap Presiden.

“Jika mereka (Muhyiddin, Shafie, Mahathir) tidak menyokong UMNO dan Perdana Menteri, maka tidak wajarlah mereka mewakili UMNO (pada PRU akan datang),” katanya di Ibu Pejabat Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada ketiga-tiga pemimpin tersebut masih layak mewakili UMNO pada PRU14.

Mohd Ali yang juga Ahli Dewan Negara berkata, Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz bukan sahaja tidak layak mewakili UMNO, malah mereka tidak layak menganggotai Majlis Tertinggi parti itu.

“Jika mereka terus mempertikaikan kepimpinan dan UMNO, tak sependapat dalam keputusan yang diputuskan Majlis Tertinggi, maka tidak wajarlah untuk mereka terus berada dalam Majlis Tertinggi.

“Ini memang disiplin parti dari dulu, kalau tak setuju cakap dalam Majlis Tertinggi. Bila dah diputuskan, itulah yang kita pegang, tak boleh kata setuju, tapi di luar tak setuju.

“Inikan pula mempertikaikan UMNO, Perdana Menteri serta keputusan yang telah diputuskan bersama, maka tak wajarlah kita berada dalam kumpulan sama,” kata Mohd Ali yang juga bekas Naib Presiden UMNO.

Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz adalah antara pemimpin UMNO yang menentang Perdana Menteri, terutamanya melibatkan isu 1Malaysia Development Berhad dan derma RM2.6 bilion.

- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/04/22/muhyiddin-shafie-mukhriz-tidak-layak-bertanding-pada-pru14-atas-tiket-umno/#sthash.1vdrxrMi.dpuf

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...