TERKINI :

Saturday, April 30, 2016

MP Kulim tanggung kos bawa balik jenazah dari Vietnam

Anggota Parlimen Kulim/Bandar Baharu Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir akan menanggung segala kos yang terlibat dalam proses membawa balik jenazah rakyat Malaysia yang meninggal dunia di Vietnam, Khamis lepas.

Pegawai Khas kepada Anggota Parlimen Kulim/Bandar Baharu Mohd Najib Mohd Ali yang menghubungi Bernama sebentar tadi memaklumkan, ia termasuklah bantuan membawa anggota keluarga mangsa iaitu ibu dan adik mangsa ke Vietnam, bagi proses menuntut mayat Mohd Azhar Abdull Wahab,33.

"Disebabkan masalah kewangan dihadapi keluarga mangsa, maka pihak Pejabat Parlimen Kulim/Bandar Baharu akan membantu dari semua aspek agar jenazah dapat di bawa balik ke sini, kita juga akan bekerjasama dengan Kerajaan Malaysia untuk tujuan itu.

Setelah berhubung dengan Kedutaan Malaysia di Vietnam, kita mungkin akan bertolak ke sana pada 4hb Mei. Kita juga ada wakil di sana untuk bantu mudahkan urusan," katanya kepada Bernama.

Abdul Aziz kini berada di luar negara atas urusan rasmi.

Hari ini Bernama melaporkan adik kepada arwah, Mohd Noorazman,31, berharap agar ada pihak yang sudi memberikan bantuan untuk membawa balik jenazah abangnya.

Dianggarkan kos untuk membawa balik jenazah mencecah RM40,000.

-Bernama

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...