TERKINI :

Saturday, April 23, 2016

Mohd Amar mulakan tugas pemangku MB, umum elaun khas pengetua pondok


Dato' Mohd Amar Abdullah, yang dilantik sebagai pemangku Menteri Besar Kelantan sepanjang Dato' Ahmad Yakob bercuti memulakan tugas semalam dan mengumumkan kerajaan negeri akan memberi elaun tetap bulanan kepada pengetua-pengetua dan penolong pengetua pondok seluruh negeri Kelantan.

"Elaun ini akan diberi secara bulanan cuma jumlah dan bila nak dimulakan belum dibincangkan lagi," kata beliau semasa makan tengahari bersama media, lapor portal penerangan kerajaan negeri.

Menurutnya, buat masa ini pihak kerajaan hanya berbincang dari segi peruntukan dahulu. Jika sempat tahun ini dapat diselesaikan dari segi bajet dan sebagainya insya Allah tahun ini akan mula.

"Elaun bulanan ini akan di berikan kepada pondok-pondok yang berdaftar di bawah Pusat Pembangunan Pondok Berhad sahaja," katanya.

Menteri Besar, Ahmad Yakob yang selamat menjalani pembedahan mengeluarkan darah beku di bahagian kepala kini berehat di kediaman beliau dan sedang bercuti atas nasihat doktor.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...