TERKINI :

Friday, April 8, 2016

KLIDC buka mulut di tengah 'perang' Lim-Rahman

Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) akhirnya membuka mulut berhubung status syarikat itu yang membawa kepada pertikaman lidah antara Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan menteri pusat Datuk Rahman Dahlan.

KLIDC, yang tersepit di tengah-tengah perbahasan kerana menguasai tanah Taman Manggis yang dibeli daripada kerajaan negeri dengan harga RM11.6 juga pada 2012, hari ini menolak dakwaan ia sudah dijual kepada pihak ketiga.

Rahman pada Isnin mendedahkan perjanjian jualan saham yang menunjukkan KLIDC dijual sebanyak RM18.6 juta kepada pembeli tidak dinamakan dan ia turut bermakna jualan tanah Taman Manggis secara tidak langsung.

Kerajaan negeri berulang kali menegaskan bahawa tanah Taman Manggis tidak akan dijual kembali.

Pemegang saham majoriti KLIDC Tang Yong Chew dalam wawancara dengan Nanyang Siang Pau mengakui kewujudan perjanjian jualan saham tetapi berkata rundingan itu tidak menjadi kenyataan.

Tang berkata, tahun lalu, sebuah kumpulan daripada Amerika Syarikat telah menyatakan minat untuk melabur dalam pusat perubatan yang dirancang di Taman Manggis, yang membawa kepada pembentukan syarikat usaha sama bagi mendapatkan pembiayaan bank.

“Oleh kerana permohonan kewangan memerlukan beberapa dokumentasi undang-undang, kami tandatangan perjanjian jualan saham, yang didedahkan baru-baru ini, membawa kepada dakwaan KLIDC mahu menjual tanah Taman Manggis untuk mendapatkan keuntungan,” katanya.

Bagaimanapun, kata Tang, rancangan itu tidak berjalan lancar dan usaha sama itu habis begitu sahaja.

Beliau menegaskan bahawa Tanah Taman Manggis masih milik penuh KLIDC.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...