TERKINI :

Thursday, April 14, 2016

Kisah tragis penoreh, hanya berpendapatan RM40 sebulan

Saluran bantuan sukar, kata penduduk miskin pedalaman Sik

Ustazah Jamilah sempat menyantuni warga emas di Sik KedahUstazah Jamilah sempat menyantuni warga emas di Sik Kedah

Wartawan Malaysia Dateline ARIF ATAN, sedang mengikuti Misi Bantuan Kemanusiaan Amanah Parlimen Batu ke daerah Sik Kedah. Ikuti laporan ekslusif yang beliau saksikan sendiri.

Kegagalan pelbagai skim bantuan pihak kerajaan untuk sampai kepada golongan sasaran dapat dirasai ketika tinjauan Malaysia Dateline di beberapa kampung sekitar Parlimen Sik, Kedah.

Peraih getah sekerap, Nazri Arifin, 38 mengakui berlaku ketidakadilan dalam agihan bantuan kemiskinan oleh jabatan dan agensi kerajaan berkaitan.

"Ramai orang kampung di sini yang kita semua tahu hidup susah layak terima bantuan, malangnya tak dapat peruntukan yang disediakan.

"Ada yang kereta dua, tiga biji pun boleh dapat bantuan. Macam mana tu? Tidak kurang yang dapat bantuan itu lebih kepada kroni. Bukan saya saja kata begitu. Ramai orang sudah sedia maklum.

"Akhirnya, orang kampung terutamanya penoreh sudah sudah putus harapan untuk menagih bantuan kerajaan," ujar Nazri yang juga penduduk Kampung Tanjung Piring itu lagi.



Seminggu sekitar RM200

Kebetulan ketika tinjauan menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan Amanah Batu dan Sik menjelang tengah hari ini, Malaysia Dateline sempat melihat urus niagaNazri AirfinNazri Airfin pembelian getah sekerap dilakukan.

Penoreh Saidin Ishak, 40, memberitahu hari ini sebanyak 100 kilogram dijual kepada Nazri selepas seminggu menoreh.

"Sekarang harga sudah naik sikit jadi RM2.15 sekilogram tapi bukan setiap minggu kami dapat hasil sebanyak ini 100 kilogram," ujar ayah kepada seorang anak itu sebelum menerima hasil jualannya sebanyak RM215.

Saidin IshakSaidin IshakMengulas bantuan kewangan diterima, Saidin memberitahu keluarganya serta ramai orang kampung lain menganggap itu sebagai satu rezeki.

"Siapa yang dapat itu, rezeki dia sungguh sebab kalau diikutkan sepatutnya semua orang kampung layak dapat bantuan.

"Tapi nak buat macam mana. Kita pun ada maruah. Kalau meminta-minta nanti dituduh kami tidak mahu berusaha," jelas Saidin lagi.

Kisah tragis penoreh, hanya berpendapatan RM40 sebulan

Norhayati Hamid terpaksa menanggung keluarga besar dengan hasil amat kecilNorhayati Hamid terpaksa menanggung keluarga besar dengan hasil amat kecil
Tanpa menerima bantuan Baitulmal, Norhayati Hamid, 34, memberitahu pendapatannya hanya bergantung pada hasil menoreh getah.
Musim kering yang melanda tambah menyukarkan situasi ibu kepada lima anak ini.

"Saya hanya mendapat kira-kira RM35 hingga RM40 sebulan selepas dibahagi dua dengan pemilik kebun," katanya.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Suami beliau menjadi Orang Kelainan Upaya (OKU) selepas terlibat dalam kemalangan menyebabkan kakinya mengalami kecacatan kekal.

"Dua anak saya lagi berada di wad sebab penyakit batu karang," ujarnya ketika ditemui Malaysia Dateline dalam Misi Bantuan Kemanusiaan Amanah Parlimen Batu hari ini.

Tinggal di kawasan tanah rizab sungai, Norhayati yang turut menanggung kedua-dua orang tua memberitahu hanya menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan.

Misi Bantuan Kemanusiaan Amanah Parlimen Batu dengan kerjasama Jawatankuasa Perpaduan Kampung Banda Dalam (Padu) itu turut disertai Amanah Sik.

sumber

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...