TERKINI :

Sunday, April 24, 2016

Khairuddin: Saya sokong pembebasan Anwar

Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan hari ini mengulangi hasratnya untuk melihat pembebasan pemimpin pembangkang yang dipenjarakan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pemimpin akar umbi Umno yang keluar parti itu pada 29 Februari berkata demikian semasa kempen untuk meraih tandatangan bagi Deklarasi Rakyat yang diterajui oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketika melakukan tinjauan mesra di Kompleks Muhibbah Ampang, Selangor hari ini, beliau berkata beliau mengekalkan pendirian yang sama walaupun masih merupakan ahli Umno ketika dibebaskan dari penjara pada November lalu.

"Apabila saya dibebaskan dari penjara, saya telah (umumkan) kepada orang ramai bahawa jika ada apa-apa langkah untuk melepaskan Anwar, saya akan jadi orang yang pertama dari Umno untuk hadir dan sokong," tegas Khairuddin.

Beliau mengulas hashtag '#free Anwar' yang terdapat di kain rentang Deklarasi Rakyat seperti dipaparkan semasa tinjauan mesra hari ini.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...