TERKINI :

Thursday, April 28, 2016

Kenapa AKU bersama DEKLARASI Selamatkan Malaysia..!!!

AKU BERSAMA DEKLARASI SELAMATKAN MALAYSIA

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/03/selamatkan-malaysia1.jpg
Hidayah dan petunjuk bukan secara paksa. Ianya datang dengan kehendak Allah. Sehebat mana hujahan kita, pendedahan kita, penerangan kita tentang kebaikan, tentang kemungkaran, tentang keadilan tidak menjamin khalayak menerima tetapi kita wajib berusaha dan berdoa kepadaNYA supaya usaha kita diperkenankan.

Dulu ada antara kita yang lawan Umno, dedah kemungkaran Umno, kejahatan Umno, kezaliman Umno dengan hajat menjatuhkan Umno tetapi tidak berjaya walau pun apa yang diterang, didedah itu adalah kebenaran. Kita tidak berjaya mengajak kawan dan keluarga keluar Umno untuk menjatuhkan Umno sebaliknya ada kawan menyertai Umno atas alasan tertentu.

Dulu awal 80-an orang berduyun2 sokong Umno bila Anwar masuk Umno. Lepas Anwar dipecat, ditendang dari Umno serta dihina oleh Umno, ramai yang simpati dan sedar Umno itu jahat. Anwar ke sana ke sini ceritakan Umno begitu dan Umno begini, baru orang percaya apa yang kita cakap tentang Umno dulu benar. Yang tak ambil peduli dengan politik pun terjerumus dengan politik dek kerana kejahatan Umno terhadap Anwar. Orang berterima kasih pula pada Anwar kerana Anwar menyedarkan bahawa Umno itu jahat.

Sekarang orang yang sama jahatnya, zalimnya dan macam2 mahanya itu ke sana ke sini bagitau Umno begitu Umno begini, ramai orang2 Umno sedar bahawa Umno sudah gila sudah teruk sehingga tiada apa lagi blh dilakukan untuk menyelamatkan Umno selain meninggalkan Umno.

Kita dah lama cakap Umno tu jahat tapi orang tak percaya..... Sekarang orang dalam Umno malah yang mencipta Umno sendiri ke sana sini bagitau Umno dah teruk kerana kejahatan yang berlarutan maka akan ada orang-orang Umno yang terbuka mata menerima kenyataan bahawa Umno seperti yang kita selalu katakan.

Kena ingat bahawa tidak semua yang kita rasa baik itu baik. Tidak semua yang dizalimi itu tidak pernah tidak menzalimi orang lain. Ada antara kita rasa Anwar tiada cacat cela semasa dia dalam Umno dan dia dizalimi setelah ditendang dari Umno sebab itu kita berterima kasih kepada Anwar. Kita tidak berterima kasih kepada Tun M kerana Tun M yang menzalimi Anwar sehingga kita sedar Umno jahat dan kita kutuk Tun M.

Sepatutnya kita lebih berterima kasih kepada Tun M kerana dialah yang membuka mata ramai orang bahawa Umno ini jahat. Semasa Tun M mengetuai Umno pun Umno jahat sehingga Tun M bukan ahli Umno pun Tun M buktikan Umno itu jahat.

Tun M buat pada Anwar, orang meluat pada Umno. Sekarang Tun M lawan Najib pun orang makin meluat pada Umno. Tak percaya?? Hak masing-masing dan bagi aku, itu adalah ego kita.

Terima kasih Tun M.

Kerana itu aku sokong dan bersama Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia.

BERANI UBAH TERUS BERUBAH

Zulhazmi Shariff
28 April 2016

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...