TERKINI :

Sunday, April 17, 2016

Jika benar PAS berpolitik sekadar kepentingan kelompok mereka sahaja..campaklah mereka jauh-jauh..


Pas akan bergabung dengan parti lain selepas PRU14. Tetapi dengan Pakatan Harapan hampir tak pasti. Selain PH, apa lagi pilihan yang ada? Kalau ini pegangan Pas, aku nasihatkan pengundi supaya menjauhi Pas. Jelas Pas tiada konsep perjuangan yang nyata. Jika begini, ada kemungkinan untuk Pas bergabung dengan pihak yang mereka (pengundi) enggan untuk sokong.

Sebagai contoh, pengundi mahu menolak BN. Selepas PRU, didapati BN dan PH masing mendapat 90 kerusi manakala Pas mendapat 40 kerusi. Kerana Pas menyatakan hampir tidak pasti berkerjasama dengan PH, maka Pas akan berkerjasama dengan BN. Jadi matlamat pengundi untuk menjatuhkan BN menjadi hancur.

Begitu juga bagi penyokong BN. Jika secara tiba² Pas berkata boleh berkerjasama dengan PH, maka BN akan tumbang. Jadi, di manakah hak rakyat? Apa pula titik perjuangan Pas? Dan Zuhdi secara jelas menyatakan Pas akan bersama dengan kelompok yang akan membolehkan Pas memerintah. Jadi kesimpulan yang boleh dibuat di sini, matlamat Pas hanya untuk memerintah. Bukan lagi memperjuangkan rakyat.

Maka dengan itu, Pas telah secara jelas memberitahu kita mereka adalah sebuah parti yang tiada pendirian. Pas akan berkerjasama dengan sesiapa saja yang menguntungkan pemimpin mereka. Taktik ini mungkin kelihatan hebat di mata mereka. Tetapi sebagai pengundi, jika anda fikirkan semula, Pas sebenarnya merampas hak anda untuk menentukan siapa bakal memerintah. Dan itu hanya dilakukan selepas pilihanraya di mana kuasa bukan lagi di tangan rakyat.

Maka rakan pengundiku sekalian, perkara paling wajar untuk kita lakukan sekarang adalah menjauhi Pas. Sematkan dalam fikiran kita, ketika PRU nanti, hanya ada Pakatan Harapan dan Barisan Nasional. Biar ada 100 calon bertanding, pangkah hanya salah satu dari dua iaitu PH atau BN. Pihak yang mempermainkan hak kita sebagai penentu kerajaan berikutnya perlu kita campakkan jauh². Dan untuk Pas, jangan pengecut sangat. Tentukan bersama siapa sebelum PRU. menangguhkan selepas PRU hanya mempermainkan hak rakyat dan adalah perbuatan yang tidak bertanggung jawab.

April 17, 2016

INI VIDEONYA :

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...