TERKINI :

Saturday, April 23, 2016

Hikayat Orang Politik...Rakyat hendakkan pemimpin yang ikhlas, jujur dan sederhana (1)

Oleh Ridzwan Abu Bakar


Abang Awang, seorang pengikut setia orang politik, menghadiri kuliah perdana yang disampaikan oleh orang politik itu di sebuah pusat tarbiah.... berkatalah orang politik "kalaulah pemimpin kita ikhlas, jujur dan sederhana macam Umar bin Abdul Aziz nescaya negara kita makin bertambah makmur, kita ada ramai jurutera, peguam, doktor, guru dan peniaga... masaalah kita, kita tak dak pemimpin yang sederhana dan jujur" tegas orang politik itu, orang politik sambung lagi "tuan2!

Umar bin Abdul Aziz punya sederhana sampai baju yang hanya berharga 5 dirham pun, beliau rasakan mahal... bayangkan saudara!

Alangkah indahnya kalau pemimpin kita ikut Umar bin Abdul Aziz", kerana sewaktu orang politik itu 'tekankan' perkataan 'bayangkan', maka Abang Awang pun bayangkan..... "ieshh kalau kita menang nanti, mesti pemimpin kita macam Umar bin Abdul Aziz "

Sampai masa dan ketikanya, orang politik itupun menang, Abang Awang amat seronok 'tentu dalam zaman ini kita boleh tengok Umar Abdul Aziz moden' bayang Abang Awang.

Ternyata itu hanyalah BAYANGAN, satu hari Abang Awang jumpa orang politik itu, Abang Awang naik 'pinau' tengok 'merlit merlap' sampin yang digayakan oleh orang politik itu, abang awang bertanya "berapa harga? Beli hat tiruan di chow kit kot?", dengan wajah banggga orang politik itu bagitau "tak mahai, Rm 1,700 saja".... terkejut biawak Abang Awang, dia pun tanya lagi "hai dulu kata nak jadi Umar, la ni tak beza banyak dengan Najib".

Orang politik tu pun berhujjah "kita kena tunjuk izzah kita, depa ingat kita lekeh sangat, awat depa ingat kita tak mampu ka?"

Orang politik; bila bila dan di mana mana, depa ada hujjah. Yang penting 'ana sudah untung la Habib'.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...