TERKINI :

Monday, April 11, 2016

Haji Hadi tak berani pecat Husam dan Mahfuz.


KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan bahawa beliau belum dimaklumkan tentang tindakan disiplin yang akan dikenakan terhadap pemimpinnya yang berucap dalam Kongres Rakyat pada Ahad lepas.'

"Saya tidak dimaklumkan lagi (pemimpin Pas terlibat dalam Kongres Rakyat)," katanya dengan ringkas kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau mengulas tindakan Adun Salor, Husam Musa dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang mengambil bahagian dan menjadi pembahas dalam Kongres Rakyat 2016 pada Ahad lalu.

Kongres Rakyat merupakan rentetan daripada Deklarasi Rakyat yang dicetuskan oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyelamatkan Malaysia dengan menurunkan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada kepimpinan utama negara.

Abdul Hadi sebelum ini menegaskan, Pas tidak terlibat dengan sebarang usaha untuk mendesak Najib meletakan jawatan perdana menteri, melainkan menerusi pilihan raya akan datang.(sumber)

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...