TERKINI :

Thursday, April 7, 2016

Guna OSA untuk keselamatan negara bukan keselamatan PM

Akta Rahsia Rasmi (OSA) tidak harus digunakan secara berwewenang (arbitrary) bagi menyelamatkan kedudukan Perdana Menteri malah perlu digunakan untuk keselamatan negara dan bukannya penyelewengan wang negara, kata Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional Faiz Fadzil.

Mengutuk keras penahanan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli untuk disiasat di bawah seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972, Faiz menyifatkan tangkapan yang dilakukan di pintu masuk parlimen itu sebagai tidak menghormati kesucian institusi legislatif yang menjadi tunggak utama sistem demokrasi negara.

"Keberanian YB Rafizi mendedahkan dokumen-dokumen yang dikaitkan dengan salah urus institusi kewangan negara termasuk LTAT, Tabung Haji, 1MDB dan sebagainya harus dipuji.

"Ketua Polis Negara sewajarnya menyambut baik pendedahan ini kerana ianya dilakukan demi menyelamatkan dana berbilion ringgit wang negara, dan bukan sebaliknya bertindak zalim terhadap beliau.

"Sebaliknya, Perdana Menterilah yang harus ditangkap dan disiasat berkenaan pelbagai skandal dan salahlaku yang dihadapi ketika ini," tegas beliau.

Faiz turut menasihati Ketua Polis Negara agar menjaga kepentingan rakyat melebihi daripada kepentingan peribadi Perdana Menteri dan tidak mengkhianati amanah rakyat untuk memelihara keamanan negara dan menegakkan keluhuran undang-undang (rule of law).

"Negara ini bukan milik Najib Razak, tetapi milik rakyat. Suara rakyat suara keramat. Rakyat harus bangkit menuntut pembebasan segera wira rakyat ini.

"Kezaliman dan salahguna kuasa Perdana Menteri ini harus dihentikan," ujar beliau. KLIK SINI

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...