TERKINI :

Thursday, April 14, 2016

Dr Zakir Naik gembira apabila tentangan terhadap beliau membuka mata UMNO dan PAS untuk bersatu - Berita Harian

Dr Zakir berterima kasih kepada HINDRAF


JERTIH: Pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik berterima kasih kepada HINDRAF yang disifatkannya memberi publisiti percuma kepadanya. Beliau berkata, tentangan beberapa pihak yang tidak senang dengan kedatangannya ke negara ini adalah cabaran baginya sebagai seorang pendakwah. 

Selain itu katanya, walaupun kehadirannya tidak disenangi pihak berkenaan, beliau sebaliknya bersyukur kerana kontroversi membabitkan dirinya berjaya menyatukan umat Islam khususnya di negara ini. "Saya berterima kasih kepada Hindraf kerana memberi publisiti percuma kepada saya. 

Sekarang semakin ramai yang datang mendengar syarahan saya. "Saya gembira apabila tentangan itu membuka mata dua parti politik Islam di Malaysia iaitu UMNO dan PAS untuk bersatu. 

"Apa yang dapat dilihat, apabila musuh datang, nampak umat Islam semakin bersatu. "Itu cabaran biasa sebagai pendakwah. Itu sifat manusia biasa apabila ada yang suka dan tidak suka. "Apa yang saya percaya, jika saya dapat menyatukan umat Islam walaupun kecil, saya bersyukur kepada Allah dan berdoa semoga Allah memberkati usaha dakwah ini," katanya pada syarahan umum bertajuk `Adakah Allah Wujud' di pekarangan Sekolah Menengah Imtiaz Besut di sini, malam tadi. 

Lebih 5,000 termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh menghadiri syarahan umum itu. Pendakwah ulung itu ketika ini dalam siri jelajah ke Terengganu sejak Sabtu lalu. 

Syarahan terakhir beliau di negeri ini adalah di Padang Astaka Kemaman dengan tajuk syarahan 'Muslim Choice - Dakwah or Destruction', Khamis ini. Mengulas mengenai tajuk syarahan umum di Melaka yang perlu ditukar, Dr Zakir berkata, beliau akur dengan permintaan pihak berkuasa dan sebagai penceramah versatile, beliau perlu bersedia dengan sebarang perubahan termasuk menukar tajuk syarahan di saat akhir.

 "Dengan apa yang berlaku ini, saya dapat rasakan jumlah hadirin yang akan datang ke syarahan umum saya di Melaka akan bertambah. "Saya dapat rasakan penduduk Melaka semakin tidak sabar menantikan kehadiran saya," katanya. Beliau berkata, ini adalah kali keenam kedatangannya ke Malaysia dalam tempoh 20 tahun dan setiap kali syarahan jumlah pengikutnya semakin bertambah.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/143241

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...