TERKINI :

Friday, April 22, 2016

Dari penyokong kepada MAT BASHAH - Rehatkan Tan Cheng Hoe & panggil semula Ramon Marcote

oleh AnakKedah007


Aku ingat malas dah nak tulis menulis lanie..namun disebabkan dok tengok koi hari koi serabut jadi terpaksa jugak aku tekan keyboard PC aku nie....

Aku rasa sudah tiba masanya TAN CHENG HOE nie diberi surat berehat oleh KFA... tactikal beliau semakin hari semakin kelam kabut dilihatnya... so far player yg ada tu kira cukup makan dah jika di asuh dan diasak dengan beberapa tactikal yg padu dalam sesuatu perlawanan.

Zaman sekarang bukan jenis kekal satu gaya bebas sahaja... stail boleh berubah sekelip mata bila rentak perlawanan dibaca..bukan dok main pesen yg sama saja... kita kena satu step kedepan dengan lawan namun jika kita just maintain sahaja tactikal kita maka lauklah jadinya...

Jika hangpa perhati kebanyakkan game kedah kita akan ada kebolosan pada minit terakhir dan corak permainan KEDAH akan dilihat hebat dengan tiki taka dia 45 minit pertama sahaja..jika masuk masa kedua main dah slow dan game jadi hancur semua asyik nak bertahan saja...

Cukuplah aku membebel disini aku bagi print screen sebahagian kawan2 aku yg juga tak suka cara TCH ..hangpa baca lah luahan hati depa...












Apa depa nak lanie.. rehatkan TCH dan sila panggil paklong nie mai balik Kedah... TCH nie sebenarnya dia menangguk diair keruh sahaja jika hangpa ingat balik semasa nak habih liga perdana dan masuk PIALA MALAYSIA tahun lepas dia pie CHINA ambil lesen jurulatih dan tugas jurulatih diambil alih oleh PAKLONG RAMON MARCOTE nie...

dan dibawah pengendalian beliau KEDAH terus meningkat naik secara mendadak sehingga mampu melepasi  peringkat kumpulan, suku akhir dan separuh akhir... dan bila masuk final TCH terbang balik ambik alih balik jadi jurulatih KEDAH semasa final tu dan hangpa pun tau dah tengok game final jadi macamana...habih kelam kabut...main ikut kepala dia...

Jadi sekarang permintaan aku kat MAT BASHAH supaya bawa balik PAKLONG nie untuk nak meningkatkan semula team KEDAH....

http://www.fourthofficial.com/wp-content/uploads/2016/01/marcotes.jpg

SUMBER

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...