TERKINI :

Sunday, April 24, 2016

DAP beri kerusi Bukit Kitang kepada PKR, elak berbalah

SHAH ALAM: DAP bersetuju untuk memberi laluan kepada PKR untuk meletakkan calon mereka di kerusi DUN Bukit Kitang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Mei depan.

Setiausaha DAP Agung Lim Guan Eng, dalam satu kenyataan media memberitahu, parti itu akan memberi sokongan penuh kepada calon PKR Voon Shiak Ni dalam memastikan kemenangan berpihak kepada pembangkang.

Menurut Guan Eng, kerusi Batu yang diwujudkan dari kawasan pilihan raya Batu Kawah dan Kota Sentosa yang diwakili DAP, pada asalnya diperuntukkan untuk pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen.

"DAP akan memberi sokongan penuh kepada calon wanita Voon Shiak Ni seperti yang diumumkan oleh Timbalan Presiden PKR yang juga menteri besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.

"DAP berharap PKR dan DAP boleh bekerjasama dan membantu satu sama lain untuk memastikan kemenangan bersama dan untuk memenuhi misi bersejarah menafikan BN majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri Sarawak," kata Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Guan Eng lagi, DAP juga akan bertanding 30 kerusi dalam pilihan raya negeri Sarawak akan datang, yang akan menyaksikan parti itu bertanding di lebih banyak kerusi bukan majoriti pengundi Cina.

Beliau juga mengecam keras Ketua Menteri Sarawak Tan Sri denan Satem yang melalrang pemimpin Pakatan Harapan masuk ke negeri itu, yang disifatkannya sebagai "satu penyalahgunaan kuasa".

Setakat ini, lebih 40 ahli Parlimen pembangkang, aktivis dan ahli akademik, telah dilarang memasuki Sarawak, termasuk Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, ahli Parlimen DAP Tony Pua dan Anthony Loke dan juga Presiden AMANAH Mohamad Sabu .

PKR dan DAP Sarawak tidak sekata berhubung pembahagian kerusi dalam pilihan raya negeri 7 Mei ini.

Ini selepas PKR negeri membuat keputusan untuk tidak mengikut arahan pembahagian kerusi oleh kepimpinan Pakatan Harapan pusat dan menentukan senarai calon sendiri.

Beberapa hari yang lalu telah menyaksikan pemimpin PKR dan DAP turun padang untuk menangani perkara itu.

Guan Eng berada di Sarawak sebagai mewakili DAP pusat manakala Azmin Ali datang bagi pihak kepiPengumuman Lim itu dilihat sebagai satu isyarat menyambut gesaan Azmin sebelum ini supaya kedua-dua sekutu lama itu menyelesaikan perkara tersebut.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...