TERKINI :

Saturday, April 16, 2016

Budaya mengampu punca PM Najib ‘kebal’ – GKCM

Budaya mengampu punca PM Najib 'kebal' - GKCM
Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM), Kamarul Azman Habibur Rahman mendakwa bahawa takut kepada kepimpinan Umno dan budaya mengampu yang sangat kuat adalah antara punca kegagalan gerakan untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak selaku perdana menteri dan presiden parti itu.

Kamarul berkata, meskipun banyak pihak menyedari budaya mengampu di dalam Umno namun ia sedikit pun tidak menggugat kepimpinan parti Melayu itu.

“Dua minggu lalu saya ditemuramah oleh media Singapura yang bertanyakan kepada saya kenapa susah sangat nak minta Najib berundur dan letak jawatan

“Saya jawab sebenarnya ini kerana ketua-ketua bahagian takut dan dalam masyarakat Melayu ini kita selalu berbangga dengan budaya ketimuran.

“Jika kita kaji sejarah dan sastera Melayu, kita akan dapati perkara yang paling ketara dalam budaya kita adalah budaya mengampu, dan kita tidak boleh lari,” katanya.

Kamarul berkata demikian ketika berucap di program ‘Mencari Kebenaran, Selamatkan Malaysia’ di Dewan Orang Ramai Putra Perdana, Puchong, malam tadi.

“Jadi kita nak beritahu kepada ketua-ketua Umno, sudah-sudahlah,” ujarnya.

Selain itu, bekas ketua Umno bahagian Telok Kemang itu berkata populariti Najib yang juga anggota Parlimen Pekan itu kini diukur melalui dakwaan salah lakunya.

Menyifatkan ia sebagai ‘memalukan’, apatah lagi dengan kontroversi hutang 1MDB sehingga mendapat liputan meluas antarabangsa, Kamarul berkata desakan untuk Najib meletak jawatan adalah satu tindakan yang amat relevan.

“Adakah hari ini Najib popular? Beliau popular atas ‘wrong reasons’ (alasan yang salah),” katanya.

“Hadir sama Timbalan Presiden Umno yang digantung, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presidennya, Datuk Seri Shafie Apdal.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...