TERKINI :

Monday, April 25, 2016

'Masalah besar' landa HARAPAN selepas PKR-DAP bertembung

Pertembungan calon-calon Pakatan Harapan dari PKR dan DAP di enam kerusi pada pilihan raya Sarawak ke-11, selepas proses penamaan calon hari ini adalah tanda-tanda masalah besar bakal melanda pakatan pembangkang, kata penganalisis politik.

Prof Madya Andrew Aeria dari Universiti Malaysia Sarawak memberitahu Malaysiakini bahawa kedua-dua parti politik itu telah mengecewakan penyokong dan pengundi mereka yang menaruh HARAPAN sebagai alternatif kepada BN.

"Kegagalan untuk kompromi menunjukkan bahawa mereka melanggar peraturan utama dalam politik. Ini sangat malang. Pakatan Harapan nampaknya mempunyai masalah yang besar dalam usaha untuk bekerja sama.

"Rakyat amat mengharapkan mereka boleh menyelesaikan perbezaan dan mengelakkan pertembungan itu," kata Aeria.

Menurutnya, masalah itu berpunca daripada kegagalan dalam kepimpinan kedua-dua parti untuk berkomunikasi antara satu sama lain.

"Pertembungan hanya membuktikan terdapat dendam dan rasa tidak puas hati di antara pemimpin-pemimpin mereka di peringkat tempatan (di Sarawak)," katanya.

Merujuk kepada pertembungan lima penjuru di Batu Kitang, Aeria berkata keadaan itu mencerminkan "tahap dendam dan tidak puas hati di antara parti-parti gabungan itu".

Di Batu Kitang, calon DAP, Abdul Aziz Isa akan menentang calon PKR, Voon Shiak Ni.

Ini berikutan selepas PKR mengingkari perjanjian untuk tidak meletakkan calon di lima kerusi luar bandar.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...