TERKINI :

Tuesday, April 5, 2016

Benarkah LIM GUAN ENG tidak beretika..???

GUAN ENG TIDAK BERETIKA!!


Pemuda MCA dan GERAKAN Pulau Pinang (masih ada rupanya) hari ini mempertikaikan tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang (Lim Guan Eng) menggunakan khidmat sebuah firma guaman untuk menguruskan proses jual beli bungalownya. Firma guaman tersebut khabarnya merupakan firma di mana isteri Ketua Menteri adalah salah seorang daripada peguam di dalamnya.

Pemuda MCA dan GERAKAN berkata tindakan menggunakan khidmat firma guaman tersebut adalah tidak beretika kerana firma guaman itu isteri Ketua Menteri bekerja di sana.

Sebenarnya Ianya adalah amalan guaman yang tidak bertentangan dengan undang-undang atau peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peguam. Tiada apa salahnya pun samada dari segi undang-undang atau etika. Urusan tersebut bukan urusan rasmi Kerajaan tetapi urusan persendirian. Yang membeli bungalow ialah Ketua Menteri atas nama Lim Guan Eng bukan atas nama Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Amat pelik dalam urusan jualbeli bungalow peribadi pihak Pemuda MCA dan GERAKAN sanggup merendahkan IQ mereka yang sudah sedia rendah dan berusaha mencari isu sehingga kepada isu yang tiada isu tetapi apabila melibatkan Perdana Menteri Najib Tun Razak yang jelas dari segi undang-undang dan moralnya salah, mereka diam membisu.

Kenapa Pemuda MCA dan Gerakan tidak pertikai bagaimana Najib boleh menerima "derma" yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi? Kenapa Pemuda MCA dan Gerakan tidak persoal ke mana perginya duit "derma" tersebut dalam keadaan pimpinan Umno berkata mereka mendapat habuan dalam jumlah tertentu? Kenapa tidak dipersoal etika, integriti dan moral Perdana Menteri yang dikhabarkan berjoli sakan sana sini?

Pemuda MCA dan Gerakan lebih baik diam daripada memperbodohkan diri sendiri.

BERANI BERUBAH.

Zulhazmi Shariff.
Ahli Biasa DAP.
04/04/2016

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...