TERKINI :

Saturday, April 16, 2016

bagi insentif Getah tak bantu tambah pendapatan penoreh

penoreh

KELANA JAYA - Insentif Pengeluaran Getah (IPG) tidak membantu penoreh getah mendapat sumber pendapatan yang berpatutan, menurut Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Ini kerana menurut Zuraida, sistem bantuan insentif itu hanya menetapkan sebanyak 40 sen sekilogram bagi mendokong ekonomi semasa penoreh getah.

Tambah Ketua Wanita PKR itu lagi, kesulitan memohon dan menunggu wang insentif tersebut dikreditkan ke dalam akaun menambah lagi beban kepada penoreh.

"Aduan yang diterima PKR menunjukkan skim ini memerlukan masa lebih daripada 30 hari daripada tarikh permohonan dan tempoh 14 hari sementara menunggu wang insentif dikreditkan ke dalam akaun.

"Kelewatan membayar semula insentif ini membebankan hampir 260,000 pekebun kecil getah yang memerlukan insentif tersebut untuk menyara keluarga," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Berikutan itu, katanya, ada penoreh getah yang terpaksa melakukan dua pekerjaan dalam sehari bagi menampung kehidupan seharian,

Justeru itu, pihaknya akan mengusulkan mekanisme bayaran tetap kepada penoreh getah minima iaitu sebanyak RM1, 200 seperti yang dicadangkan oleh Kesatuan Kebangsaan Ladang (NUPW).

"Mekanisme ini membantu penoreh getah dengan jaminan pendapatan minimum walaupun dalam keadaan pengeluaran getah yang merudum sebagai sumber pendapatan.

"Tambahan pula dalam mengambil kira setiap faktor yang mempengaruhi jumlah pengeluaran seperti iklim dan cuaca, penoreh mempunyai pendapatan minimum sebagai jaminan," katanya lagi.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...