TERKINI :

Tuesday, April 12, 2016

Apabila SHAHIDAN buat Undian popularity NAJIB di FB beliau

CUBA SEMUA MENTERI BUAT UNDIAN SEPERTI SHAHIDAN INI

 Rasanya bagus juga jika lebih ramai yang sudi membuat tinjauan serta undian, baik secara maya atau pun nyata,  mengenai populariti Najib Razak yang sekarang ini kian ketat dibelenggu isu 1MDB dan wang RM4,200 juta yang dipercayai masuk ke akaun peribadinya.

Ia mungkin boleh menjadi kayu ukur sama ada Najib perlu berundur atau sebaliknya dan adakah UMNO dan BN masih selamat dalam pilihanraya ke 14 nanti?

Sebuah kumpulan anak muda, Challenger  telah membuat tinjauan di kalangan kira-kira 5,000 mahasiswa dan mendapati 90 peratus daripadanya tidak menyokong kepimpinan Najib.

Barangkali ini tidaklah terlalu menghairankan kerana kita semua tahu anak-anak muda memang terlalu nipis kepercayaan dan sandarannya kepada Najib sejak awal lagi.
 
Tetapi seorang menteri, Shahidan Kassim yang turut membuat undian yang sama di laman Facebooknya barangkali kini lebih memahami realiti mengenai Najib di mana hasil dapatan di kalangan rakan dan pengikut mayanya ialah 172 sokong BN, 107 sokong pembangkang, 585 mahu perubahan dan 39 memberi lain-lain pandangan.

Majoriti yang mahukan perubahan itu tidak lain bermaksud mereka tidak menyokong Najib dan mahukan pemimpin lain menggantikannya.
Sebelum itu, seorang pemimpin akar umbi UMNO Wilayah Persekutuan, Zaharin Mohd Yassin juga membuat undian populariti Najib di laman Facebooknya dan mendapati Perdana Menteri telah  "hilang deposit" berikutan terlalu ramai yang mahukannya  berundur berbanding mereka yang merasakannya perlu terus kekal memimpin parti serta kerajaan.

Secara umumnya, itulah suara hati rakyat sekarang. Tanyalah para pemimpin UMNO di peringkat bahagian dan cawangan, pasti jawapannya tidak banyak berbeza.

Hakikatnya, Najib semakin tidak dikehendak lagi, di samping ramai yang mula melihatnya sebagai beban yang kian menyusahkan.

Namun, demi mendapatkan hasil yang merata, apa kata jika semua menteri dan pemimpin UMNO yang ada Facebook agar turut sama membuka ruang undian seperti yang dilakukan oleh Shahidan itu.
Lebih baik jika Najib sendiri sanggup melakukan hal yang sama supaya beliau dapat melihat dan mengetahui sendiri di mana dirinya di mata rakyat.

Syyyyy.....Zahid Hamidi tentu mula senyum-senyum jika semua menteri berani berbuat seperti Shahidan itu. (SH 12/04/2016).

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...