TERKINI :

Sunday, April 3, 2016

Apabila ada penyokong KEDAH yang tak reti bahasa, maka natijahnya ditanggung oleh semua..

Gambar Hiasan


JAWATANKUASA PINTU MASUK DAN TIKET KFA
KENYATAAN MEDIA

1. Jawatankuasa pintu masuk & tiket KFA amat kesal dengan tindakan penyokong yang membakar suar sewaktu perlawanan Kedah vs. Sabah Jumaat lepas.

2. Tindakan penyokong terbabit telah memberikan nama buruk kepada KFA.

3. Dipercayai suar dibawa masuk sewaktu waktu rehat separuh masa pertama.

4. Tindakan tersebut boleh mengakibatkan KFA didenda oleh FAM.

5. Jawatankuasa Pintu Masuk & Tiket akan meningkatkan kawalan dgn kerjasama pihak Polis Di Raja Malaysia diperlawanan akan datang.

6. KFA telah mengenalpasti individu terbabit dan akan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

7. Sesiapa yang melakukan kesalahan tidak akan terlepas dari tindakan.

8. Untuk perlawanan pada 9 April (Kedah vs. Penang) dan 15/16 April (semi-final Superbest Power Piala FA vs. JDT FC) kawalan akan dipertingkatkan.

9. Kepada penyokong yang sayangkan pasukan Kedah diminta tidak melakukan provokasi dan membawa masuk barangan terlarang ke dalam stadium. Tindakan demikian akn merugikan pasukan jika didenda.

10. Mengenai isu tiket, untuk perlawanan akan datang KFA akan menjual tiket secara maksimum (24,500 keping).

11. Tiket online akan dijual 5,000 keping bermula seminggu sebelum perlawanan dan ditutup sehari sebelum sepakmula.

12. Ketelusan jualan di kaunter adalah terjamin dimana cuma 10% sahaja kuota diperuntukkan untuk badan gabungan.

13. Dihadkan maksimum 5 keping tiket seorang utk jualan kaunter.

14. 8 saluran jualan tiket akan dibuka, 1 saluran khas untuk wanita.

15. Jualan cuma pada hari pertandingan bermula 10:00 pagi.

16. Diharapkan peminat tidak berebut-rebut sewaktu membeli tiket.

17. Pas Bermusim masih ada, RM400 untuk sepanjang musim. Tempat duduk terjamin dan bernombor. Minuman dan makanan ringan disediakan.

En. Shaharol Niza Omar
Pengerusi Jawatankuasa Tiket & Pintu Masuk KFA
Ahli Majlis Eksekutif KFA

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...