TERKINI :

Tuesday, April 19, 2016

Alhamdulillah... Sahabat Kita Tidak lagi tinggal dalam khemah

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.511000!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_700/image.jpg

BALING - Nasib sepasang suami isteri yang menetap di dalam khemah selama tujuh bulan akibat rumah mereka musnah dipukul ribut akhirnya mendapat perhatian pihak berkaitan.

Mohd Fauzi Abdullah berkata, dia tidak menyangka mendapat sumbangan sebuah rumah daripada Pas Kawasan Baling, Pusat Komuniti Al-Abrar Baling dan Pusat Rawatan Islam Darussyifa cawangan Pulau Pinang.

Menurutnya, pertubuhan berkenaan telah membina sebuah rumah baharu bersebelahan dengan tapak khemah yang didiami mereka pada awal April lalu.

"Saya bersyukur dengan sumbangan diberikan dan tak sangka Pas Kawasan Baling turut turun sendiri melihat keadaan kami sekeluarga," katanya ketika ditemui di Kampung Lubuk Pedati, di sini, semalam.

Mohd Fauzi berkata, rumah yang dilengkapi dengan sebuah bilik, bilik air dan dapur itu sudah siap dibina sepenuhnya.


Tidak lagi tinggal dalam khemah
"Dengan adanya rumah baru itu, keselamatan kami sekeluarga lebih terjamin berbanding dulu selain lebih selesa.

"Baru hari ini (semalam) kami nak pindah ke sini (rumah baru), barang-barang pun dah dipindahkan," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Pas Kawasan Baling, Nasir Idris berkata, pihaknya terpanggil untuk membantu keluarga berkenaan selepas disiarkan media.

Menurutnya, beliau kemudiannya mencari penyumbang dan menghubungi badan pertubuhan lain selepas mengadakan lawatan ke khemah keluarga itu.

“Saya datang melawat ke sana atas kapasiti sebagai Setiausaha Pas Kawasan Baling dan Pengerusi Komuniti Al-Abrar Baling.

"Alhamdulillah dengan alternatif dibuat, kita mendapat usaha sama baik dari badan lain yang turut memberi bantuan,” katanya.

Nasir berkata, masyarakat diminta peka dengan permasalahan rakyat dengan menyumbangkan rezeki yang ALLAH SWT beri kepada golongan kurang berkemampuan.

Sinar Harian 23 Mac lalu pernah melaporkan nasib keluarga Mohd Fauzi yang terpaksa tinggal di dalam khemah setelah rumah mereka musnah dipukul ribut.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...