TERKINI :

Saturday, April 23, 2016

Abdul Hadi: Pandangan Zakir perlu dihormati

Abdul Hadi Awang

SHAH ALAM – Pandangan penceramah terkenal, Dr Zakir Naik dalam bidang agama adalah berdasarkan pengamatan secara ilmu dan prihatin terhadap umat.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ia wajib dihormati memandangkan beliau juga menjadi pengamat politik yang peka terhadap ummatnyaserta tidak memisahkan politik daripada agama dan dakwah.

“Beliau bukan sahaja memahami perbandingan agama-agama dengan Islam, bahkan beliau memahami perbandingan Islam dengan Ideologi. Oleh kerana itu beliau mencadangkan kerjasama Pas dan Umno berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.

“Pas sudah lama meletakkan al-Quran, as-Sunnah bersama Ijmak Ulamak dan Qias yang nyata menjadi rujukan tertinggi dalam Undang-Undang Tubuh (Perlembagaan) Pas (Fasal 5). Bagi merealisasikannya secara kenyataan Pas mewujudkan Majlis Syura Ulamak yang bukan hanya mengiyakan semua keputusan Pas Pusat, bahkan boleh membatalkannya sekiranya menyanggah hukum tertinggi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mengulas mengenai perjalanan Pas hingga ke hari ini, Abdul Hadi berkata, Pas mempunyai pengalaman melaksanakan kerjasama dengan semua pihak sama ada kumpulan Islam ataupun bukan Islam serta bersama kerajaan dan pembangkang.

“Pas pernah meyertai persidangan Apro Asia bersama Umno dan beberapa perbincangan di zaman penjajahan dan Pas bersendirian selepas kemerdekaan, bersama kerajaan campuran pada tahun 1973 dan bersama menubuhkan BN pada tahun 1974 dan menyertainya sehingga 1979.

“Semua pelaksanaan pendekatan tersebut dengan muzakarah para ulamak dan pimpinan di peringkat tertinggi mengikut perhitungan Islam dan politik. Kebiasaannya, pendekatan dan strategi dahulu tidak diulangi dengan cara yang sama, kerana perlu dipelajari segala kesilapan dan kelemahannya,” katanya lagi.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...