TERKINI :

Friday, March 11, 2016

Wallahi saya bukan 'gila' nak jadi PM

 Muhyiddin Yassin
DAMANSARA - "Saya hendak jelaskan bukan niat saya untuk menjadi Perdana Menteri hanya kerana orang kata saya orang nombor dua dalam parti (Umno). Seolah-olah saya tidak boleh tunggu, tiada Wallahi."‎

Demikian reaksi bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika menjelaskan kelantangannya serta penyertaan beliau dalam Deklarasi Rakyat sehingga menimbulkan 'cakap-cakap' bahawa beliau sudah 'tidak sabar' hendak diangkat menjadi Perdana Menteri.

Muhyiddin berkata, beliau tidak memikirkan perkara itu, kerana itu semua adalah Ketentuan ALLAH, selain daripada mahu menyelamatkan Umno dan BN daripada 'karam'.

"Penentu segalanya adalah ALLAH, kalau jadi jadilah kalau tak jadi tak apa tapi...'

"... tak akan kerana memikirkan soal itu saya ketepikan tugas saya hingga parti saya boleh rosak dan masa hadapan negara boleh hancur.

"Biarlah saya jadi lilin yang membakar diri untuk menyelamatkan situasi daripada saya mendiamkan diri bersyubhah dengan perbuatan kemungkaran akhirnya parti tenggelam dan kalah hilang kuasa siapa harus bertanggungjawab?" katanya dalam wawancara bersama Sinar Harian di Damansara hari ini.

Ujarnya lagi, setidak-tidak kelantangannya kini, mampu menyedarkan Umno, agar terus berada pada landasan yang sebenar.

"Setidak-tidaknya saya kata waktu itu saya telah buat kamu tidak mahu dengar kata saya.

"Kamu biarkan beliau berkuasa inilah jadinya saya bukan orang kata buat jangkaan jauh tapi saya boleh baca dan melihat keadaan bagaimana boleh berlaku dalam tempoh PRU akan datang," katanya.

Katanya lagi beliau tidak boleh berdiam diri walupun beliau dicerca

"'It's OK (Tidak mengapa) mereka hendak gantung saya, sepatutnya saya bukan orang yang digantung atau pun nak dipecat bagi saya, saya patut orang terakhir yang dilakukan sedemikian.

"Adanya orang buat mungkar bukan saya yang harus dihadap ke lembaga disiplin orang itu patut bertanggungjawab diatas keroskan berlaku," katanya.

Katanya lagi, apa yang beliau lakukan kini ialah untuk 'saham akhirat' kerana dunia ini hanyalah sementara.

"Saya tidak takut dengan lagkah saya ini...ini soal duniawi hidup hanya sementara, apa yang penting akhirat.

"Sementara hidup berjuanglah, walaupun kita menjadi mangsa, saya bersedia untuk hadapi segala

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...