TERKINI :

Tuesday, March 1, 2016

Turun minyak, hapus subsidi tepung... berapa lama lagikah kita nak hadap kelaku kerajaan BN sebegini..?

BERAPA LAMA LAGI NAK HADAP?


Hari ni terbaca muka depa The Star tajuknya "Not the time for flour prices to rise". Isunya berkaitan cadangan Kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran Umno/BN diketuai oleh Najib Tun Razak hendak menarikbalik subsidi tepung 25kg. Sekarang harga jualan tepung yang dibeli oleh pekedai seperti kedai kopi dan kedai mamak ialah RM33.75 bagi sekampit 25kg. Penarikan subsidi ini akan menjadikan harga sekampit tepung 25kg meningkat kepada RM42. Walau bagaimana pun harga bagi sekampit tepung 1kg tidak dinaikkan dan kekal dengan harga subsidi.

Dengan tindakan menarikbalik subsidi tepung bagi kampit 25kg ini, pihak yang menerima kesannya ialah pengguna kerana apabila pekedai membeli sekampit 25kg dengan harga RM42 maka harga bagi barangan jualan berasaskan tepung seperti roti canai akan naik. Sekarang roti canai rata-rata dijual dengan harga RM1 sekeping. Selepas ini mungkin akan naik kepada RM1.20 sekeping atau lebih.

Harga minyak diturunkan tetapi barangan di pasaran tetap tidak turun malah meningkat dan semakin meningkat. Kos sara hidup tetap tidak berubah kepada lebih baik malah semakin menjerut.

Najib dan regimnya mesti diturunkan dari pentadbiran Malaysia. Ada yang tidak setuju Najib diturunkan kerana katanya tiada guna Najib turun tetapi Umno masih memerintah. Adalah lebih baik Najib terus memerintah kerana dalam PRU14 akan datang lebih senang Umno dikalahkan. Sifir matematik apa yang diguna kita pun tak tahu.

Adakah benar dengan membiarkan Najib sehingga PRU14, Umno boleh ditumbangkan? Tiada kepastian malah semakin samar apabila ada yang pertahan, ada yang bekerjasama dan ada yang menentang.

Mungkin benar jika Najib terus memerintah sehingga PRU14, maka Umno boleh ditumbangkan kerana Najib teruk dan gagal tetapi PRU14 bukan esok bukan lusa bukan minggu depan bukan bulan depan. Tiada siapa yang tahu bila Najib nak bubarkan Parlimen untuk memberikan laluan kepada PRU14.

Jadi selama itu kita perlu hadap segala macam tekanan hidup. Keadaan ekonomi negara semakin gila semakin menekan. Perlukah kita tunggu dan biar Najib mentadbir sehingga kita kurus kering mati kelaparan baru hendak lakukan perubahan?

Turunkan Najib sekarang dan dalam masa yang sama konsisten menurunkan Umno/BN. Turunkan Najib tidak bermakna kita harus biarkan penggantinya bersenang lenang. Jika yang menggantikan Najib itu Umno, selagi itu kita lawan dan kita tekad turunkan melalui PRU14 nanti.

Berapa lama lagi kita nak hadap?

BERANI BERUBAH
Zulhazmi Shariff
01032016

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...