TERKINI :

Thursday, March 3, 2016

Tak percaya harga roti canai tak naik? Buka restoran sendiri!

presma-roti-canai
PETALING JAYA: “Kalau tidak percaya harga roti canai tidak akan dinaikkan, buka restoran sendiri dan rasa sendiri susah payah berniaga,” kata Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Noorul Hassan Saul Hameed.

Beliau berkata demikian menjawab kenyataan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), Sivarajan Arumugan yang menasihatkan pengguna supaya tidak mudah tertipu dengan jaminan harga makanan berasaskan gandum tidak akan naik walaupun kerajaan menarik balik subsidi gandum 25 kg.

Hassan juga menyifatkan kenyataan yang dibuat Sivarajan itu hanya ingin mencari populariti sahaja.

“Pada kita senang sahaja, kita cadangkan persatuan itu (PSM) meniaga sendiri lah sebab kalau dia meniaga sendiri dia tahu lah macam mana. Kita minta persatuan itu (PSM) buka restoran dan lihat keadaannya.

“Kita bukan mahu bergaduh atau mahu tegakkan benang yang basah tetapi pegusaha restoran sendiri sudah banyak berkorban untuk memastikan harga yang diberikan itu berpatutan,” katanya kepada FMT.


Mengulas lanjut, Hassan menegaskan pengguna mempunyai hak dan sekiranya berasa harga yang diletakkan itu mahal, mereka boleh memboikot restoran itu.

“Jangan nak main hentam sahaja. Pengguna mempunyai hak mereka dan semestinya mereka boleh membuat pilihan,” katanya,

Terdahulu, Sivarajan berkata, jaminan yang diberikan Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) hanya helah semata-mata.

“Saya tak fikir begitu sebab bila dia kata harga barang terkawal pun kita dah dapat lihat dalam masa setahun lepas pelbagai kenaikan harga barang telah berlaku.

“Semua naik dan sekarang tepung gandum iaitu barang asas, sudah tentu roti akan terjejas. Begitu juga dengan roti putih,” katanya semasa sidang media di ibu pejabat PSM di sini, semalam.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...