TERKINI :

Wednesday, March 30, 2016

Selepas DRIVER TEKSI mengamuk baru SPAD nak ulas bab teksi haram UBER & GRABCAR

SPAD akan kawal selia Uber, GrabCar




KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang mengambil langkah bagi memastikan perkhidmatan teksi persendirian Uber dan GrabCar dapat dikawal selia serta tidak menggugat industri teksi sedia ada.

SPADSPAD dalam satu kenyataan hari ini berkata, perkara itu bagaimanapun memerlukan masa untuk pelaksanaannya.

"Suruhanjaya prihatin terhadap isu-isu di dalam industri teksi dan sedang berusaha bagi mendapatkan penyelesaian sesuai bagi meningkatkan pendapatan dan kebajikan pemandu teksi," katanya.

Kenyataan itu bagi memberi maklum balas berhubung demonstrasi oleh pemandu teksi di sekitar kawasan Bukit Bintang hari ini yang mahukan perkhidmatan Uber dan Grabcar diharamkan.

Dalam kejadian itu, kira-kira 300 pemandu teksi berkumpul di kawasan berkenaan bermula 10 pagi dengan meletakkan teksi-teksi mereka di bahu-bahu jalan.

Tindakan ini menghalang laluan utama dan menyebabkan kesesakan trafik yang teruk di kawasan terbabit.

Kenyataan itu menegaskan kenderaan yang digunakan oleh Uber dan GrabCar pada masa ini tidak mempunyai lesen yang sah daripada SPAD dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Katanya SPAD akan terus bekerjasama dengan industri teksi dan pihak berkepentingan serta melindungi kepentingan penumpang untuk menyediakan perkhidmatan yang baik khususnya dengan menggalakkan inovasi. - Bernama

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...